08 September 2009

SUBUH...;-)


Assalamualaikum..

Masa depan Islam boleh dilihat pada berapa ramai jemaah bagi solat subuh. Bagaimanakah keadaan kita ketika subuh. Sukar untuk bangun. Sudah dikejutkan beberapa kali tetap liat untuk bangkit. Jika subuh sudah gagal, usah bicara tentang tahjud dan qiamullail. Seandainya bangun malam itu menjadi penyebab kau tidak bangun awal subuh, mungkin sesuatu sudah tergelincir dari landasan.

Mengapa tunggu usia tua baru hendak pulun beribadah. Gunakanlah masa muda sementara otot masih gagah berdiri. Bila datang usia tua sudah tidak berdaya, baru bersemangat untuk beribadah.

"Tok wan saya seorang tok imam, ayah saya seorang ustaz, emak saya seorang ustazah...bapa saudara seorang guru Al-quran, emak saudara saya seorang guru Fardhu Ain...bla..bla...kemudian, anak saya seorang hafiz, cucu khatam Al-quran ketika berusia 5 tahun". Kita sering berbangga dengan orang disekeliling kita. Bagaimana pula dengan diri sendiri? Bertambah ajaib, seorang rakan riak dengan amalan kawannya. "Kawan saya selalu puasa sunat". Dia, dirinya sendiri tidak pula mengamalkannya. Berbangga dan riak dengan amalan orang lain. Pelik. Apa yang lebih menghairankan adalah mereka tidak pula sedar dengan apa yang sedang dilakukan. Kebiasaannya orang beramal dengan cara Islam ini tidak berkata apa kerana mereka sudah cukup menerti bahawa pujian dan riak itu pakaian DIA.

Bersama-sama kita mulakan hidup dengan beribadah seawalnya ketika usia masih muda, seawal sepertiga malam, jika tidak mampu sekurang-kurangnya seawal subuh setiap hari. Mungkin subuh esok bukan milik kita lagi.


Kala Subuh Telah Bersinar
Daku Datang Untuk Berdoa
Kala Sang Suria Bersinar Memancar
Daku Datang Sujud dan Memuja

Hidupku Pasrah Kepada Mu
Ibadahku Hanya Untuk Mu
ku Sebut Nama Mu Allahhu Akbar

ku Harap Pada Mu Semata
Sebelum Jasad Menjadi Tanah
Hapuskan Segala Dosa
Disengaja Atau Tiada

Tuhanku ku Pohon Restu Mu
Perjuanganku Hanya Untuk Mu
Kusebut Nama Mu Allahhu Akbar

ku Harap Hidayah Dari Mu
Dalam Menempuh Jalan Hidupku
Cintaku Hanya Untuk Mu
Kebahagiaan Yang ku Harapkan

JANJI dan HUKUM TUHAN PASTI BERLAKU

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara



Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi


Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

07 September 2009

Adakah aku tergolong dalam golongan munafik?





Salam..

Aku berjanji untuk bersamamu mengharungi susah senang. Tatkala tiba masanya aku mengundur diri. Aku tidak mengotakan janji manis yang termetrai bersama. Maaf sahabatku, andai kini kau berseorang mengharungi kesusahan. Tetapi aku yakin kau cukup kuat untuk menghadapinya. Aku cukup kenal, kegigihan dan ketekunanmu menjadi inspirasiku. Terima kasih wahai sahabatku.

Dalam asyik kita senda bercerita, adakalanya juga kita saling terluka. Berselisih pendapat. Namun apa yang menariknya, diakhir kita tetap bersama.

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apa pun rahsia dan kelemahanmu
Tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Akhirnya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun diakhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan.....


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SOHABI...'CAHAYA PETUNJUK"

06 September 2009

sakit hati kerana hati sakit..;-(


Assalamualaikum...
Apa khabar hati?..Sakit hati??? owh...memang pedih...kenapa? hanya yang mengalaminya mengetahui betapa parahnya perasaan ini..."Sakitnya hatiku, emah!",kata seorang sahabat kepada rakan serumahnya. Sabarlah. Kadang kala kita perlu redakan keadaan. Beri tempoh untuk akal berfikir.

Wau...akhirnya, dalam diam kau hadir membawa penyelasaian. Kebuntuanku mungkin ada penawarnya, lintasan hatiku terhadap apa yang sedang berlaku sebentar tadi. DIAMMU UBI...hehe, bagus kawanku...untung aku bersahabat denganmu.. (apa benefits kau peroleh dari berkawan denganku?..huhu)..Hadirmu ke sisi ku dengan sebatang pena dan buku yang tercatit hadis yang berguna...moga menjadi penawar buat kesakitanku kini...

Erm..sakit hati tidak mengapa lagi...apa terjadi jika hati sakit??? bagaimanakah cara untuk kita trace hati yang sedang sakit... salah seorang kawanku kini berada di yaman pernah berkata, SAKIT HATI KERANA HATI SAKIT.. erm.. mungkin ini indicatornya untuk ku menilai sama ada hati sakit atau sebaliknya... Tapi.....(banyakla tapi2..hehe)...bgaimana pula kalau hati mati????owh..jangan begitu, kalau hatiku sudah mati pasti sudah tidak diendahkan semua ni...

Kalau hati sakit..."check solat" terngiang-ngiang suara seorang sahabat (product of BUMI WAKAFAN)...wah parahnya, bukan perkara main2...hati sakit berpunca dari solat yang tidak sempurna...Jagalah hati, jangan dikotori...kalau dah kotor?cucila...huhu..nak cuci perlu bermujahadah..tawan nafsu to become "educated nafsu" then only nafsu be your best friend...;-)

ranking nafsu terkini=lawwamah...kalau aku berjaya mencapai mutainnah pasti hatiku gembirakan??? aku memujuk hatiku sendiri...hehe...BERTENANGLAH WAHAI HATI..;-)

Mutmainal qulub~~~

Masuk syurga kerana RAHMAT ALLAH


Adakah aku berpeluang untuk ke sana?..sedangkan seorang pelacur bisa masuk ke syurga kerana simpatinya terhadap seekor anjing kehausan di padang pasir...seorang imam besar masuk ke syurag kerana kasih sayangnya terhadap seekor lalat dgn membiarkannya meminum dakwat ketika mengarang kitab beliau...Seorang abid tidak dimasukkan ke dalam syurga kerana ibadahnya yang banyak tetapi kerana Rahmat Allah...AMALAN yang manakah menjadi tiket untukku ke sana?

I cannot change person's behaviour, but what i can do is change my own....


Me, Myself and I


Ada apa dengan ku? Aku adalah aku. Aku berkehendak. Aku seperti engkau yang juga mempunyai kehendak-kehendak. DIA? tidak berkehendak. Malah DIA tidak mendapat apa daripada ibadah kita. Sesungguhnya hidup mati kita kerana DIA, tapi hakikatnya semua kebaikan/manfaat ibadah kembali kepada kita juga. DIA tidak bertambah dengan amalan kita. Jika bertambah ertinya DIA kurang. Mahasuci DIA dari kekurangan.

Kehendak? semua manusia berkehendak. Kehendak-kehendak ini sifat asalnya memang jahat dan mengajak kepada kejahatan. Ia tidak boleh dibuang tetapi ia boleh dididik. Ia hanya hilang apabila aku dan engkau sampai ajal iaitu bercerai jasad dan nyawa. Jika kita orang membesarkan DIA, kehendak ini menjadi musuh utama. Apakah ia? itulah NAFSU.

1. AMARAH
paling jahat dan bangga pabila berbuat jahat, sanggup bersusah untuk buat jahat, tidak takut Tuhan

2. LAWWAMAH
sedikit rasa takut dengan Tuhan, tapi tidak mampu meninggal kejahatan (lahir dan batin), hati kesal dan sedih apabila melakukan kejahatan. Berbuat jahat bukan untuk berbangga dan seronok tetapi lemah dalam melawan nafsu.

3. MULHAMAH
nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula mendapat pimpinan Tuhan, sudah mampu meninggalkan kejahatan lahir, akan tetapi kejahatan batin belum mampu meninggalkannya (cth: sombong, riya', u'jub)
sudah boleh melawan nafsu tetapi belum cukup kuat, seandainya datang ujian, mula goyah.
Jika mati, selamat

4. MUTMAINAH
selamat, tenang
telah memperoleh ketenangan dalam hidup, tenang dengan ujian dan nikmat Tuhan.
tidak tergugat dengan sihat atau sakit, pabila dihina=tidak sakit hati, pabila dipuji=hati tidak berbunga.
Peringkat= solehin dan wali kecil.

5. RADHIAH
redha dengan ketentuan Tuhan.
ujian= hadiah daripada Tuhan
(mutmainah=sabar dengan ujian, radhiah=gembira dengan ujian)
andai dibuat jahat akan dibalas baik

6. MARDHIAH
Tuhan redha dengannya
Hadth Qudsi:
"Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mereka mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan"
Peringkat=mujahid, mujtahid dan wali-wali besar

7. KAMILAH
hanya untuk para Nabi dan Rasul.
manusia biasa hanya mampu mencapai peringkat keenam.

Berusaha mendidik nafsu kerana nafsu yang terdidik akan melahirkan manusia yang terdidik...

Bantulah aku ya Allah, pandulah aku menuju CINTA AGUNG MU.. Sesungguh aku sedia maklum Engkau tidak mengendahkan permohonan dan doaku tatkala aku leka... bantulah aku untukku menghayati doaku..ameen.

31 August 2009

Ayah


kami sayang ayah...

26 August 2009

IBADAT SYARAK DAN IBADAT BATIN adalah FARDHU

Wajib untuk mengenal Allah yang disembah, kemudian barulah beribadat Allah. Bagaimana beribadat kepada Allah sedangkan tidak mengetahui nama-namaNya, sifat-sifat zatNya dan apa yang wajib bagiNya, serta yang mustahil pada sifatNya. Ketiadaan ilmu, aku mungkin beriktikad pada Allah dan sifat dengan sesuatu yang menyalahi yang sebenar.

Kemudian, wajib mengetahui apa yang mewajibkan aku mengejarkannya daripada kewajipan-kewajipan syarak agar dapat dilaksanakan dengan betul. juga wajib mengetahui apa yang larangan-laranganNya agar dapat meninggalkannya.

Ibadat-ibadat syarak seperti bersuci, sembahyang, puasa dll. Dengan berilmu, aku dapat menyelesaikan kemusykilan2 tentang ibadat.

Ilmu turut merangkumi ibadat2 batin yang merupakan kerja hati yang wajib aku ketahui daripada tawakal dan penyerahan diri (kpd Allah) serta redha (dgn qadak dan qadarnya) disamping sabar, taubat ikhlas dll. Segala larangan adalah merupakan lawan kepada suruhan seperti marah, cita2 kosong, riak dan sombong.

Ibadat batin ini merupakan fardhu dan larangan dengan lawannya dikhabarkan melalui firman dan lidah nabi s.a.w.

"Dan, hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakal, jika kamu (benar-benar) orang yang beriman" (Maidah:23)

"Dan bersyukurlah kamu kepada Allah, jika kamu (benar-benar) hanya kepadaNya sahaja kamu beribadat" (Baqarah: 172)

"Dan bersabarlah kamu, dan tiadalah kesabaranmu melainkan dengan (pertolongan) Allah." (An-Nahl:127)

"Dan hendaklah kamu putuskan (ibadatmu) kepadaNya(semata-mata) sebagai putus(yang sebenar-benarnya tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain) yakni hendaklah kamu benar-benar ikhlas terhadap Allah." (Al-Muzammil:8)

25 August 2009

AQABAH PERTAMA = AQABAH ILMU

Minhajul 'Abidin merupakan kitab hasil karya Imam Al-Ghazali yang menerangkan tentang GUNUNG TUJUH. Susunan tujuh gunung pada jalan ibadat adalah seperti berikut:

Pertama : 'Aqabah Ilmu
Kedua : 'Aqabah taubat
Ketiga : 'Aqabah Penghalang
Keempat : 'Aqabah Kedatangan Gangguan Rintangan
Kelima : 'Aqabah Pendorong
Keenam : 'Aqabah Perosak
Ketujuh : 'Aqabah Puji dan Syukur

Awal-awal yang wajib ke atas kita adalah berilmu. Ilmu adalah paksi ibadat.

Allah menciptakan tujuh petala langit, dan daripada bumi seumpamanya jua, turun perintah Allah antaranya( langit dan bumi) supaya kamu semua berilmu (mengetahui) bahawasanya Allah telah meliputi akan ilmunya dengan tiap-tiap sesuatu. (At-Tholaaq:12)

Firman di atas menjadi dalil kemuliaan ilmu, terutamanya ilmu tauhid. Manakala firman di bawah menjadi dalil kemuliaan ibadat.

Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu. (Az-Zaariyaat:56)

Setelah mengetahui kepentingan kedua-dua elemen ini, maka ketahui (dan yakinlah) bahawa ilmu itu adalah paling mulia dan paling utama daripada dua permata tadi, kerana nabi pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya kelebihan orang alim (yang beramal dengan ilmu) di atas orang abid ( yang beribadat tanpa ilmu) seperti kelebihan diriku di atas orang yang paling rendah (martabatnya) daripada umatku."

Dan sabda nabi menambah lagi:

"Sekali tilik wajah orang alim terlebih kasih kepadaku daripada ibadat setahun puasanya dan sembahyangnya."

Dan nabi bersabda lagi:

Tidakkah (kamu ingin) saya tunjukkan kepada kamu di atas semulia-mulia ahli syurga? Sahut mereka itu: "bahkah ya Rasulullah. " Sabdanya : Mereka itu ialah para ulama umatku."

Ternyatalah bahawasanya ilmu itu terlebih mulia daripada ibadat, akan tetapi seorang hamba yang berilmu tidak beribadat, ilmunya itu ibarat debu yang bertaburan. Ilmu ibarat pokok manakala ibadat adalah buahnya. Hasan Basri berkata:

"Tuntutlah olehmu ilmu ini sebagai tuntutan yang tidak memberi mudarat kepada ibadat, dan tuntutlah ibadat ini sebagai tuntutan yang tidak memberi mudarat kepada ilmu."

Ilmu itu akar umbi dan petunjuk jalan ibadat. Nabi bersabda:

"Ilmu itu imam amal, sedangkan amal itu menjadi pengikutnya (makmumnya)."



2 FAKTOR ILMU LEBIH PENTING DARIPADA IBADAT

Pertama : Supaya ibadat yang sebenar lagi sah dapat dilaksanakan serta terselamat daripada cacat cedera.

GUNUNG TUJUH


Imam al-Ghazali adalah tokoh ulama sufi terkenal terutamanya dikalangan mereka yang membaca kitab2 beliau seperti ihya Ulumuddin, Minhajul 'Abidin, Bidayatul-Hidayah dll.

Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali al-Tousi. Dikenali dengan panggilan al-Ghazali bersempena tempat kelahirannya di Ghazalah di pinggir bandar Tous di wilayah Khurasan di Farsi (Iran). Selain itu, panggilan ini juga dinisbahkan kepada bapanya seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa Arabnya dikatakan al-Ghazal.

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka-Teki :

Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”

Murid 1 : “Orang tua”

Murid 2 : “Guru”

Murid 3 : “Teman”

Murid 4 : “Kaum Kerabat”

Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185).

Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini ?”

Murid 1 : “Negeri Cina”

Murid 2 : “Bulan”

Murid 3 : “Matahari”

Murid 4 : “Bintang-bintang”

Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini ?”

Murid 1 : “Gunung”

Murid 2 : “Matahari”

Murid 3 : “Bumi”

Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf : 179). Maka kita harus hati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka. (Na’udzu billaahi min zaalikh).

Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia ini ?”

Murid 1 : “Baja”

Murid 2 : “Besi”

Murid 3 : “Gajah”

Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang pali berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah : Al-Ahzab : 72). Tumbuh2an, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah Swt meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini, tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah Swt sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah”.

Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 “Kapas”

Murid 2 “Angin”

Murid 3 “Debu”

Murid 4 “Daun-daun”

Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat”.

Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?”

Murid-murid dengan serentak menjawab : “Pedang”

Imam Ghazali : “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.



24 August 2009

Kain PUTIH (II)



Salam Ramadhan..
'Kakak, boleh adik balik sekarang?", tanya seorang adik kepadaku setelah selesai menunaikan lapan rakaat solat sunat tarawih. Aku berfikir sejenak sebelum menjawab soalan anak kecil ini. Akhirnya aku menjawab, "Nak balik boleh, kalau nak terus solat pun boleh." Aku membiarkan kanak-kanak ini membuat keputusannya sendiri agar tidak merasa beban untuk datang solat sunat pada keesokkan malamnya. Walaupun jauh disudut hatiku ingin mengajaknya bersama menunaikan solat sunat witir.

Aku bertanya, "Ayah adik jadi imam?" Aku membuat hipotesis, bapa kepada anak kecil itu seorang imam. "Tidak, ayah tak datang ke surau malam ini. Ayah pening kepala,"jawab kanak-kanak itu. Ternyata kedatangannya pada malam ini ke surau atas kemahuannya sendiri. Moga istiqamah adikku dalam mencari kenikmatan dalam beribadah.

Hatinya berpandukan fitrah. Fitrah manusia kepada agama. Ya Allah peliharakanlah hatiku agar kembali kepada fitrah. Semoga dengan memelihara fitrah menjadi pelindung daripada fitnah.


23 August 2009

Kain PUTIH


Salam Ramadhan...
Alhamdulillah bersyukur tidak terhingga dapat bertemu Ramadhan buat kali ke 22... Apakah aku benar mensyukuri nikmat ini atau tidak? Engkau berikan aku peluang buat kali ke 22 untukku memohon ampun.. Ya Allah, andai manusia...pasti sudah jemu dengan permohonan aku ... tetapi aku yakin Engkau tidak seperti manusia.. Maha Suci Engkau dari sifat tercela...

Aku sering cemburu apabila melihat kanak-kanak kecil... mereka masih suci dari dosa.. sedang aku bergelomang dengan dosa... entah bagaimana keadaan hatiku kini.. pasti hitam dan keras.. Namun aku allergic melihat kanak-kanak (geram)... mereka seperti amat tenang.. alam mereka adalah alam eksperimentasi dan mereka yakin dalam setiap apa yang mereka lakukan.. mereka adalah paling matang pada firasatku.. mereka tidak berfikir tentang kata-kata orang sekeliling.. apa yang ingin dilakukan, dilaksanakannya... bermain memang sakan... tidur memang nyenyak (penat main)... mereka tiada dosa, tiada berprasangka buruk... kenakalan mereka merupakan proses dalam menjana pemikiran yang kreatif... malahan ada yang telah pun mencapai pemikiran inovatif...

Tatkala aku memandang mereka, aku terasa sgt cemburu... mereka ibarat kain putih...tiada noda...Bagaimanakah caranya untukku kembali menjadi kanak2? beruntungnya orang kafir, jika memeluk ISLAM, mereka juga seperti kanak-kanak yang baru dilahirkan tanpa dosa.. Apakah aku perlu keluar Islam dan menganut semula ISLAM? eh, mana mungkin, jika aku murtad pasti aku akan dihukum bunuh kerana mempersendakan ISLAM.. Erm, teringat peristiwa tingkatan 5, rakan-rakanku bertanya.. kamu merancang untuk masuk matrikulasi atau masuk U terus?.. aku menjawab dengan nada seloka, buat apa masuk 'Uterus'? dah keluar dari Uterus nak masuk balik..hehe..mustahil untukku memutar roda masa agar dapat aku menjelma semula sebagai ovum dan sperma..

Ya Allah, betapa hebatnya Engkau..Kau beri peluang untukku mencapai "level" kanak-kanak dengan mengurniakanku Ramadhan buat kali ke 22...

Aku bersyukur kpdmu, Ya Allah pada lisanku...aku pohon Ya Allah agar syukurku dapat diterjemahkan dalam amal ibadahku agar aku berpeluang untuk menerima anugerah Ramadhan ke-50..amin

Ikhlaskan hatiku, Ya Allah...aku ingin menjadi semut hitam yang memakai pakaian halimunan..

30 July 2009

najmi...

27 July 2009

Ya Allah

pimpinlah aku ya Allah...
selamatkan aku..;-(

26 July 2009

Nurul Imani...cahaya mata pertama ibu saudara bongsu... wah! aku dikelilingi cahaya keimanan..;-)


alhamdulillah..pada sabtu yang lalu, aku telah berkempatan pulang ke kampung untuk meraikan majlis kenduri aqiqah, sepupuku... bersyukur tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan cahaya mata (Nurul Imani) kepada ibu saudaraku.. Bukan suatu perkara yang mudah untuk melahirkan seorang anak.. (kalau aku bersikap sombong terhadap kedua ibu bapaku, sememangnya aku anak yang tidak mengenang budi)..

Ibu saudaraku mengalami ujian yang agak besar kerana terpaksa dimasukkan ke wad sebulan sebelum melahirkan Nurul Imani, anak sulung mereka. Mungkin ada hikmahnya, waktu rehat yang cukup dan perhatian yang diberikan keluarga menjadikannya lebih tabah. Dalam tempoh 'menunggu' ini juga sempat untuknya muhasabah diri. Mengenang tingkah lakunya terhadap kedua ibubapanya (tok dan tokwan). Mungkin itu hikmahnya. Aku pelajari sesuatu , alhamdulillah..;-)

Syamira...;-)


ermmm... sepupu perempuan yang comel.. aku mencuba nasib lagi, memberi cadangan nama untuk sepupuku yang perempuan pula...alhamdulillah, ummi dan abahnya juga sependapat denganku.. semoga pilihan nama yang baik ini menjadi doa yang baik buatmu, syamira..amin..

Najhi..(kejayaanku)...;-)




Alhamdulillah...seorang lagi cahaya mata dipinjamkan kepada sepasang suami isteri ibu dan bapa saudaraku... apa yang menariknya..cadangan nama yang ku berikan, diterima untuk anak bongsu mereka.. aku terharu..hehe..

Anak-anak itu cahaya keluarga juga harta yang amat berharga..hendaklah dididik dengan sempurna agar hidup akan bahagia..anak-anaklah penyeri cinta ibu ayah.. doa anak soleh dan doa ibu ayah antara doa yang amat mudah dimakhbulkan...amin ;-)

Aku bersama Najmi (bintangku)..;-)

Aku kegirangan bersama najmi...
si kecil yang licik dan nakal..
suka mengikut abahnya..
Anak abah..hehe...
Semoga menjadi anak yang soleh, Najmi..

22 July 2009

Muncul bila merasai ISLAM tidak pada tempatnya

Aku seorang yang pemalu. Malu untuk bercakap di hadapan orang ramai (Public Speaking). Tetapi bila menyedari Islam yang mulia dan tinggi tidak berada pada tempatnya, aku mula merasa bengang. Lekas aku bangkit untuk mempertahankannya,

Can I add something, As a muslim, we need to pray at 1.30pm. I suggest we do practise first and rest.

On that time, i dont think about my grammatical mistake. The most important is my duty and also my friends duty to their Creator.

Non Muslim asked me, do you pray everyday? YESSSSSSSSS...my friends and I answered together..They suggested us to postpone solat to another day..owhh..no..they actually do not know Islam very much..They also asked how many times that muslims perform solat. We answered five and they show little bit suprise.

Thank you, Allah for giving me the opportunity to stand up and talk something that I need to talk. Alhamdulillah, they can accept my suggestion and take into consideration.

Diam sejenak ..berfikir..biarkan hati berbicara dengan PENCIPTANYA...;-)

Kalau tuhan kita fahami dialah pengurus keperluan kita
kalaulah kita faham tuhan ini siapa sebenarnya
kita akan sanggup menerima ujian keranaNya
kita akan sanggup buat apa saja demi cinta padaNya
kita akan sanggup menderita demi cinta padaNya

CINTAILAH TUHAN
DIA ADALAH SEGALANYA
KORBANKANLAH APA SAHAJA KERANANYA
CINTAKAN TUHAN CINTA PALING MAHAL
CINTA SELAIN TUHAN
CINTA MURAHAN..

Kalau tuhan kita kenali kasih sayang dan perananNya
kalau tuhan kita fahami keagungan dan kekuasaanNya
Kalau tuhan kita rasakan betapa Dia sangat cintaka hambaNya
Kita akan sanggup berjuang sanggup mati keranaNya
Kita akan sanggup berkorban apa saja keranaNya.