08 September 2009

SUBUH...;-)


Assalamualaikum..

Masa depan Islam boleh dilihat pada berapa ramai jemaah bagi solat subuh. Bagaimanakah keadaan kita ketika subuh. Sukar untuk bangun. Sudah dikejutkan beberapa kali tetap liat untuk bangkit. Jika subuh sudah gagal, usah bicara tentang tahjud dan qiamullail. Seandainya bangun malam itu menjadi penyebab kau tidak bangun awal subuh, mungkin sesuatu sudah tergelincir dari landasan.

Mengapa tunggu usia tua baru hendak pulun beribadah. Gunakanlah masa muda sementara otot masih gagah berdiri. Bila datang usia tua sudah tidak berdaya, baru bersemangat untuk beribadah.

"Tok wan saya seorang tok imam, ayah saya seorang ustaz, emak saya seorang ustazah...bapa saudara seorang guru Al-quran, emak saudara saya seorang guru Fardhu Ain...bla..bla...kemudian, anak saya seorang hafiz, cucu khatam Al-quran ketika berusia 5 tahun". Kita sering berbangga dengan orang disekeliling kita. Bagaimana pula dengan diri sendiri? Bertambah ajaib, seorang rakan riak dengan amalan kawannya. "Kawan saya selalu puasa sunat". Dia, dirinya sendiri tidak pula mengamalkannya. Berbangga dan riak dengan amalan orang lain. Pelik. Apa yang lebih menghairankan adalah mereka tidak pula sedar dengan apa yang sedang dilakukan. Kebiasaannya orang beramal dengan cara Islam ini tidak berkata apa kerana mereka sudah cukup menerti bahawa pujian dan riak itu pakaian DIA.

Bersama-sama kita mulakan hidup dengan beribadah seawalnya ketika usia masih muda, seawal sepertiga malam, jika tidak mampu sekurang-kurangnya seawal subuh setiap hari. Mungkin subuh esok bukan milik kita lagi.


Kala Subuh Telah Bersinar
Daku Datang Untuk Berdoa
Kala Sang Suria Bersinar Memancar
Daku Datang Sujud dan Memuja

Hidupku Pasrah Kepada Mu
Ibadahku Hanya Untuk Mu
ku Sebut Nama Mu Allahhu Akbar

ku Harap Pada Mu Semata
Sebelum Jasad Menjadi Tanah
Hapuskan Segala Dosa
Disengaja Atau Tiada

Tuhanku ku Pohon Restu Mu
Perjuanganku Hanya Untuk Mu
Kusebut Nama Mu Allahhu Akbar

ku Harap Hidayah Dari Mu
Dalam Menempuh Jalan Hidupku
Cintaku Hanya Untuk Mu
Kebahagiaan Yang ku Harapkan

No comments: