27 October 2009

Explorace Kehidupan

"Mula-mula kita perlu cari tangga, pastu cari tempat 'parking'." kata seorang rakan sambil melihat peta. "Mana tangganya? Inikah? Curamnya," keluh sahabat berjalan bersama. Setelah berpenat lelah mendaki bukit tersebut, mereka mencari tempat "parking". Namun tiada berjumpa, yang ada hanya tangga turun pula. Dituruti sahaja kata hati menuruni tangga tersebut. Terlintas difikiran, apa yang sedang berlaku adalah sia-sia. Tidak mengapa kerana mereka tetap bergerak menandakan mereka sedang berusaha. Bertanya salah seorang rakan, "Dimanakah kita sekarang?" Tertera di bagunan Fakulti Alam Bina. Melihat keadaan sekeliling. Sahihlah mereka telah tersalah jalan. Berbekalkan ilmu yang sekelumit. Mereka mencari jalan keluar biarpun menyedari bahawa jalan menuju ke destinasi itu amat jauh. Tidak mengapa terus berusaha kerana tidak akan rugi bagi mereka yang berusaha. Diteruskan perjalanan untuk mengeluarkan diri mereka daripada lokasi tersebut. Setelah berjaya keluar, mereka menuruti jalan biasa. Jalan kebanyakan orang untuk ke sana. Ketika itulah mereka mengiakan kata guru bahawa tiada jalan pintas dalam mencapai kejayaan yang diidamkan. Kedua-dua mereka terus berusaha menuju jalan yang sukar, jalan yang tidak dihamparkan dengan kapet merah, yang ada hanyalah onak duri yang sedia untuk menusuk masuk ke telapak kaki sekaligus menjatuhkan semangat jiwa anak muda yang ingin mencipta sejarah gemilang dalam hidup mereka. Kedua-duanya melalui jalan berliku dengan penuh berhati sehinggalah terlihat dari jauh sinar-sinar kejayaan mengintai menyambut ketibaan para penuntut kejayaan. Mereka terus menguatkan azam, tekad meneruskan perjalanan. Setibanya dipintu kejayaan, gementar untuk terus melangkah. Bagai pecutan terakhir pelari pecut menghampiri garisan penamat.


Setelah bertemu kejayaan, terleka pula mereka akan makna syukur. Inilah manusia yang sering alpa apabila diuji dengan kenikmatan. Kejayaan adalah perkara semulajadi bagi mereka yang usaha. Ia menjadi satu kehairanan jika berusaha tetapi gagal. Adakah betul cara usahanya?


Ibarat roda, kehidupan berputar dengan fitrahnya. Daripada kedudukan di atas turun kebawah dan sebaliknya. Manusia yang tua juga terkadang berkelakuan seperti bayi. Itulah uniknya kehidupan yang diciptakan. "Hidup ibarat roda" satu ungkapan yang boleh membangkitkan semangat kerna kejayaan itu bukanlah suatu perkara yang kekal danbegitu jua dengan kegagalan.


Menasihati diri sendiri agar tidak lupa daratan apabila berada di atas dan gigih, cekal serta tabah apabila berada di bawah.


~~~aku dipertengahan~~~





25 October 2009

Buang masa!

Aku tidak mampu memuaskan hati semua pihak...

Maafkan salah silap...

Berhijrah...

24 October 2009

Tiru perkara baik ja..;-)






Siapa tiru siapa ni? putihnya gigi Dr ni..;-)


Assalamualaikum..

Kisah silam itu sejarah. Sejarah lampau menjadikan kita lebih menghargai hakikat kejadian hidup. Sejarah boleh dijadikan iktibar. Segala pengalaman-pengalaman hidup menjadikan kita lebih matang. Bagaimanakah ia boleh berperanan sedemikian? Semasa jahil, sebelum mengetahui sesuatu, kita pasti melakukan banyak kesalahan. Kesalahan yang sama diulang itu dikatakan satu kesilapan. Itulah bezanya kesalahan dan kesilapan. Kesilapan selalunya dilakukan tanpa disedari, namun sebenarnya kita mengetahui bahawa tindakan tersebut adalah salah.

Pengalaman guru sebuah kehidupan. Kita boleh belajar melalui pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Kita selalu berbangga dengan pengetahuan yang kita peroleh. Tercatat di transkrip bahawa pelajar ini telah mengambil subjek sekian-sekian. Sijil penghargaan menyertai latihan profesional dan banyak lagi. Orang berpengalaman sudah pasti berpengetahuan kerana dia mengamalkan ilmu pengetahuan tersebut sehingga beroleh pengalaman berkaitan ilmu itu. Manakala orang yang berpengetahuan pula masih pada peringkat permulaan, dia perlu bergerak selangkah untuk mengeksperimentasikan pengetahuannya agar dia tahu apakah fungsi ilmu pengetahuannya itu. Manusia akan mengetahui kepentingan ilmu pengetahuan apabila dipraktikkan.

'Life is too short to make a lots of mistakes' kata seorang pensyarah kesayanganku. Bagaimana cara mengatasinya? Kita belajar daripada kesalahan orang lain. Sudah pasti kita akan lebih berwaspada. Bertanyakan pengalaman orang yang berjaya bukan untuk membuka a'ibnya. Kita niatkan untuk belajar sesuatu yang baik dari pengalaman hidupnya. Meniru perkara yang baik itu menguntungkan.

Aku sering merasa kerdil untuk menjadi penasihat kerana sejarah hidupku tidak gemilang apa lagi terbilang. Namun aku terus berkongsi pengalamanku untuk disempadani. Sirahku bukan sirah nabawi. Sirah nabawi untuk dicontohi tetapi sirahku adalah untuk disempadani.

'Jangan buat seperti ini, akibatnya akan jadi begini..' dalam aku berkongsi, di hatiku sayu kekesalan...moga perjalanan hidupku memberi pedoman kepada mereka yang terkemudian kerana mereka masih mempunyai masa untuk mengelak... Kata p.langku, tidak mengapa jika tidak nasihat, tapi bagi pandangan. Aku terus bersemangat untuk berkongsi.

My lecturer said,' When life gives lemon, make lemonade'. Jangan berputus asa. Kerana katanya lagi,' everything must fall on its place'.

Pesanan nendaku lagi, bersabarlah. Lihat sahaja sirah nabi ayub, sehingga malaikat turut mengagumi baginda. Nabi Yusuf juga penyabar. Nabi Muhammad apatah lagi. Nabi-nabi mendapat gelaran ulul azmi juga berkat kesabaran.

~~~Aku yang sering bertanya pendapat dan belajar dari pengalaman orang-orang sebelum~~~




19 October 2009

Lafaz yang tersimpan..huhu

Kisah Israk Mikraj, orang kafir Quraisy mempersendakan kisah rasulullah ke masjidil Aqsa dalam masa yang singkat. Mereka menyoal nabi berapakah tiang di dalam masjidil Aqsa, ketika itu Allah memperlihatkan nabi masjidil Aqsa seolah-olah terdapat skrin yang terbentang luas dihadapan baginda. Rasulullah menjawab dengan tepat jawapan tersebut dan pihak musuh terpaku. Pada zaman itu, masih belum tercipta alatan canggih seperti kita di era digital. Kajian sains membuktikan bahawa sirah nabi lebih canggih dan terkehadapan daripada zaman kita. Di zaman ini, baru kita dapat melihat kecanggihan teknologi yang mana telah pun dinikmati oleh baginda melalui penciptaan internet.

Kisah Adam dan Hawa yang terpisah jauh ketika diturunkan ke bumi juga mempamerkan teknologi canggih yang mendahului zaman. Dalam jarak sejauh 400km, nabi Adam masih dapat mendengar suara Hawa. Kini terbukti dengan penciptaan telefon bimbit dan internet. Kita dapat berhubung dan mendengar suara yang berada jauh beribu batu.

Kajian Sains adalah perkara yang bergerak dengan kecanggihan teknologi. Penemuan-penemuannya adalah bagi menguatkan umat Islam beribadat melalui penghayatan hikmah disebalik perintah Allah.

Kalau ada jodoh tak kemana..;-)

Alhamdulillah..aku amat gembira pada hari ini..Assalamualaikum semua!

Semester 1 Tahun 3

Aku menghadapi kesulitan mencari pengganti penceramah untuk majlis penutupan sebuah festival. Aku dicadangkan oleh seorang rakan supaya menghubungi seorang pensyarah di jabatan al-Qur'an dan Hadis. Aku menghantar sms kepada pensyarah tersebut untuk menyatakan hasratku. Tiada respon diterima. Aku mula menghubunginya melalui panggilan telefon juga tidak dijawab. Mungkin kesibukannya menjadikan beliau tidak ada masa untukku. Aku kesedihan.

Semester 2 Tahun 3

Aku di bilik Penasihat Akademikku. Aku ke bilik PA untuk tujuan projek tahun akhirku. Dalam masa menunggu PA di biliknya, seorang seniorku yang juga pelajar Masters PA merungut kerana tidak dapat menghubungi co-supervisor yang dihambat kesibukan. Kakak seniorku mengadu kepada PA kerana tidak berpeluang berjumpa dengan co-supervisornya. PA sarankan supaya menghubungi telefon bimbit co-supervisor tersebut. Terdengar nama beliau, aku teringat yang aku pernah menyimpan nombor telefon bimbit pensyarah yang sibuk itu. Aku terus menerpa memberitahu bahawa aku ada menyimpan nombor telefon bimbit pensyarah tersebut.

Semester 1 tahun 4 ?

Alhamdulillah, aku telah menemuinya. Beliau amat tawadhuk. Kehadiranku disambut dengan penuh hormat. Sapaan salamku dijawab dengan senyuman. Beliau menerang dengan penuh berhemat. Wajahnya amat bersih. Penerangannya mudah untukku fahami. Kepulanganku tidak dengan tangan kosong. Aku dihadiahkan sebuah buku karangannya. Aku amat bertuah. Terima kasih, Prof..

~~~Harus untukku dekati ulamak di UM~~~

18 October 2009

Teima kasih, guruku



Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Nak balik!...Back to Basic..;-)

Mesra Desa


Bila Terkenangkan Desa
Rindu Selalu Melanda
Pada Ayah dan Bonda Sanak dan Saudara
Kampung Halaman Nun Jauh Di Mata

Kini Tiba Ketikanya
Saat Kembali Ke Desa
Indah Suasana Mesra Sambutannya
Rasa Gelora Di Dalam Dada

Terimalah Buah Tanganku
Sekadarnya Yang aku Mampu
Buatmu Ayah dan Juga Ibu
Tanda Ingatan Kasihku

Meriahnya Suasana Desa
Semuanya Ramah dan Mesra
Dimanakah Teman-teman Lama
Bertahun Tidak Bersua

Ketika Kenduri Kendara
Sekampung Bagai Berpesta
Bertolong Bantu Jiran Tetangga
Beramai Makan Bersama

Berzanji Di Surau Lama
Tak Sedar Hari Dah Senja
Begini Caranya KeMesraan Desa
Moga Kekal Selamanya

Sedang Asyik Bercerita
Melintas Si Gadis Desa
Manis Senyumannya Bertudung Kepala
Anak Saudara Sendiri Rupanya

Bergurau Teruna Dara
Pastikan Ada Batasnya
Adat Kesopanan dan Budaya Bangsa
Agar Agama Terpelihara

14 October 2009

Damai Nan Indah...;-)

Kepekatan Malam Dihiasi Rembulan
Siang Pula Datang Bersama Sinaran Mentari
Dalam Resahnya Hati Ini
ku Turutkan Langkah Kaki
Tak Terasa ku Lalui
Jalan Yang Berliku-liku

ku Jatuhkan Pandangan
ku Lihat Jurang Dalam
Penuh Dengan Onak Duri
Yang Amat Mengerikan

Kudongakkan Kepala
Kulihat Langit Tinggi
Terbentang Luas Tiada Bertepi

Cahayamu Indah Menyinari Hidupku Ini
Kasihmu Tambah Memupuk Iman Di Jiwaku
Dengan Cahayamu Terang Pelita Di Hatiku
Syiarmu Membuat Musuhmu Terpaku

Kalammu Indah Terdengar Merdu Di Telinga
Mehnahmu itu Mengajar Menyedarkanku
Kasihmu Tuhan Membuat Hatiku Merindu
Kurasa Indah Di Dalam Rahmatmu

13 October 2009

Apakah cita-citaku?


Cita-citaku, Islam tinggi menjulang...

Kuturutkan langkah kaki..
tak terasa kulalui
bersamaMu ya Ilahi...


~~~alhamdulillah~~~

10 October 2009

Pilihanku


Kisah 1 : Perkahwinan

Ada seorang perempuan dilamar oleh dua jejaka, Si A dan Si B (macam xbest ja nama ni, nak bg nama lain la).. Suhaimi dan Naimi (ermm..baru best!)...Naimi telah menjadi pilihan keluarga si perempuan kerana tahap kehidupannya yang telah stabil. Perempuan tersebut keliru dan melakukan solat istikhorah dan mendapat petanda bahawa jodohnya adalah bersama Suhaimi..

Istikhorah bukan sahaja membantu kita membuat keputusan untuk memilih antara pilihan yang baik tetapi juga membantu kita yakin dengan pilihan atau keputusan yang bakal diambil..Pihak keluarga si perempuan ini kurang gembira dengan pilihan anaknya, tetapi diterima jua kerana itulah jawapan istikhorahnya. Pada pertemuan keluarga dengan Naimi bagi memberitahu jawapan anak mereka, Naimi memberitahu bahawa dirinya telah beristeri dan mencari calon isteri kedua. Inilah hikmah istikhorah, tergerak hati si pemuda untuk memberitahu niat sebenarnya (mungkin jarang sekali dapat ditemui pemuda sejujur ini di zaman global ni..;-p )..


Kisah 2 : Rukun Islam ke-5

Zul amirul dan Munir (bukan nama sebenar) berkawan baik. Zul amirul membantu Munir mendapatkan pekerjaan di salah sebuah syarikat gergasi di ibu kota. Selang beberapa tahun, Munir menawarkan Zul amirul untuk membelanjakan wang simpanan hasil kerjanya menunaikan haji. Munir menawarkan dengan penuh rasa ikhlas sebagai membalas budi sahabat baiknya. Munir melakukan istikhorah untuk menerima tawaran Zul amirul atau tidak. Menerusi istikhorahnya, Zul amirul mendapat petanda bahawa dia perlu menolak tawaran tersebut.

Pada pandangan manusia biasa, kita akan pelik, mengapa tawaran menunaikan haji itu perlu ditolak? Akhirnya, barulah terjawab, wang simpanan Munir tersebut disimpan didalam akaun simpanan konvensional yang terhimpun bersamanya riba'. Inilah hikmah istikhorah.

Kisah 3 : (hanya untuk mereka yang hadir ke forum "Siapa dalam istikhorahku?"...;-p )


Istikhorah adalah cara untuk kita memilih antara pilihan-pilihan yang baik, bukan untuk memilih antara perkara yang buruk atau perkara yang baik. Contohnya, tidak perlulah istikhorah untuk memilih untuk ke kelas atau tidak..;-)

Istikhorah adalah usaha, setelah berusaha bertawakkal lah, itu yang terbaik. Percaya bahawa Allah maha kuasa 100%. Hak manusia adalah berusaha, semakin kuat kita berikhtiar semakin tinggi nilai kejayaan yang bakal kita peroleh. Kapasiti yang Allah bagi untuk kita amat besar. Berusaha dengan kapasiti yang Allah beri kepada kita.

Yakin Allah maha kuasa, qudrat, iradat dan beriman dengan qada' dan qadar. Segigih manapun kita berusaha, kita perlu beriman pada qada' dan qadar. Disinilah takdir masuk campur dalam urusan manusia (perkara baik, tidak semesti baik untuk kita dan sebaliknya).

Dalam kapasiti kita boleh berkemahuan, berusaha dan tidak boleh menyerah bulat-bulat sebelum berusaha bersungguh-sungguh.

Kita sering kaitkan istikhorah dengan perkahwinan, ketahuilah bahawa istikhorah lebih daripada itu. Persediaan untuk berkeluarga :

1. Kematangan jasmani
2. Kematangan emosi
3. Kematangan kewangan

" Setiap nyawa yang hidup, Allah menjanjikan rezeki"


*wajibkah mengikut petanda istikhorah?


~~~amalkan ayat seribu dinar~~~

Sempit


Tiba-tiba hati ini terasa amat sempit.
adakah hati semakin mengecil?
atau berkecil hati?
Tidak! Bukan itu persoalannya.
Aku cukup selesa dengan bumi
ruang ciptaanMU, wahai Pencipta
Apa yangku gusarkan
apakah aku manfaatkannya
jika tidak aku mengambil peluang
dan nikmat yang Kausediakan untukku
pasti dunia yang luas akan terasa sempit

Rumah yang besar akan terasa kecil
kereta yang mewah juga akan terasa kerdil

Aku sering bermonolog
bermonolog itu seperti bersendirian
pada hakikatnya hati aku sedang berdialog
berdialog dengan penciptanya.

Wahai tuhan, lapangkanlah dadaku
lapangkanlah pemikiranku
lapangkanlah aku dari segala-segala
yang menyempitkan
Janganlah aku tergolong
dalam golongan yang rugi
sempit di dunia dan sempit juga di akhirat sana

Mati itu terlalu sakit
di dalam kubur terlalu sempit
ular dan kala datang menggigit
papan dan bumi pula menghimpit

Selamatkan aku dari siksaan kubur,
azab api neraka dan fitnah Dajjal.

Kurniakan nikmat kerehatan
di alam kubur bagi muslimin
dan muslimat yang telah meninggal dunia

~~~aku akan menyusul kemudian~~~

06 October 2009

Lakukan sesuatu


Lakukan sesuatu
untuk mendapatkan sesuatu
perlu korbankan sesuatu
dalam usaha menjadi seseorang...

Jangan keliru...rukun iman tetap 6, rukun islam tetap 5

04 October 2009

Mencari Yang Maha Satu



Terkapai-kapai diri dihanyut arus waktu
Kegelapan hati yang sering buat ku keliru
Dalam menguji pergolakkan emosi diri
Tak siapa tahu ada yang memerhati

(Mencari yang Maha Satu itu yang ku tuju)

Di dalam menjalani tiap dugaan yang diberi
Membawa pengertian hidup yang abadi
Tanpa perlu menipu diri sendiri
Yang menjadi lumrah duniawi

Seandainya kau yang memberi ruang
Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau yang Maha Satu)

Diriku kini masih tercari-cari
Jawapan misteri tiap persoalan ini
Ku akui kesalahan dibuat segalanya
Gelap jadinya jiwa seadanya

(rap)
Ku cari terus ke situ
Itulah lampu hidupku
Terangilah gelap hatiku
Ku pohon restu dariMU

Akan ku baikki setiap kekurangan
Oleh itu diri yang memerlukan
Petunjuk darimu oh Ilahi

(Kau Yang Maha Satu)

Apabila tersilap langkahku
Tiba-tiba berbisik namaMu oh Ilahi
Terdetik di hatiku untuk sujud ke pangkuanMu
Mmeohon ampun dariMu

Dan selanjutnya ku tergoda lagi
Dunia ini yang sesat membunuhkan jiwaku
Kini ku mengakui teguranMu
Yang membuat ku sedar siapa diriku ini

U.N.I.C.C.A.T

(rap)

Tak semua yang sempurna nasihat di jalan yang lurus
Cerita yang dijadikan cerita
Dengan izin Yang Maha Esa yang wujud
Aku cinta dan cita
Segala yang ada bermula dari rasa resah
Aku akui harapan kasih dan hasratku tak setajam itu
Yang tak mampu risau lidah mudah di banjari
Fitnah melilau-lilau
Tuhan lindungilah dia dari kata-kata jahat itu
Doa-doa di pohon sentiasa setiap masa
Ampunilah dosa-dosa semasa daku ke sana
Dewasakanlah pemikiranku yang tak semegah mana
Salah silap ku berkarya tak pernah ku salah guna
Kau Yang Maha Satu (4x)

03 October 2009

Ujian di Dunia...



Buat adikku yang bakal menghadapi ujian penilaian tidak lama lagi. lakukanlah yang terbaik, berdoalah selalu untuk mendapat kejayaan yang diredhai dan diberkatiNya. Letakkanlah sasaranmu pada tahap yang paling tinggi kerana mungkin itu satu cara untuk mendapat fokus yang sebaiknya. Andai tidak tercapai hasrat dan impianmu, ketahuilah bahawa kami telah mengakui dirimu telah berjaya di medan USAHA. Usah gusar, kerana itu dibawah kuasaNya. Tiada kejayaan tanpa IzinNya. Suatu yang pasti, janjiNya itu akan tepati.

Barangsiapa berdoa, akanKU perkenankan
.

Kita bakal menghadapi ujian yang lebih besar. Dan disana aku dan kau akan menghadapinya, PMR ini lebih penting = Padang Mahsyar Real Examination.
Jaga sunnatullah. Berusaha pasti dapat!
Burung-burung di udara, ikan-ikan di laut jua akan mendoakan kejayaanmu, adik..



Selamat menghadapi Peperiksaan Menengah Rendah yang bakal berlansung 7oct...moga dipermudahkan segalanya... kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik untukmu.. berpandangan jauhlah seperti insan di seberang sana... aku yakin kau mampu melangkah lebih jauh darinya...





01 October 2009

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul


Dengan nama Allah, aku mulakan bicara..

Setiap kali memulakan pekerjaan, harus dimulakan dengan nama Allah supaya dinilai perkara tersebut sebagai ibadah. Jika merasakan Bismillahirrahmanirraim itu terlalu panjang, cukuplah sekadar Bismillah (pemalas tahap apa tak tau la). Daripada meninggalkan perkara murni ini , lebih baik menyebutnya walaupun pendek. Ada pendapat menyatakan "melintaskan" dalam hati sudah memadai. Ya, setuju dengan pendapat tersebut. Pertama, boleh mengelakkan timbulnya perasaan riak atau mungkin u'jub (Budget bagus!). Hujah kedua? belum dapat hidayah lagi.

Ada pendapat lagi, menyebut atau melafazkan dengan jelas sehingga didengari rakan berhampiran, boleh dijadikan method dakwah. Cuba kita bayangkan, jika kita berkerja secara berkumpulan. Jika melafazkan kalimah mulia ini pada setiap kali memulakan pekerjaan, kawan sebelah yang "excited" hendak melakuka kerja sehingga tidak ingat dunia akan tersentak, dan mungkin turut sama melafazkannya (senyum pada kawan tersebut sebagai suntikan semangat atas improvement yang dilakukan). Perlu diingatkan juga, mungkin respon yang negatif diterima, sebagai contoh diperli dikhalayak ramai. "Budget a'lim la tu!" Tenangkan hati. Sekarang aku mungkin sedang "budget" tapi dengan usaha penambahan ilmu yang konsisten mungkin aku berjaya mencapai tahap tu. Kadang-kadang, perlu juga untuk diabaikan apa kata orang.

Masyarakat ini pelik. Perkara yang biasa, selalu dianggap betul. Memetik kata-kata Dr Fadzilah Kamsah, "Tidak semua perkara yang biasa dilakukan adalah betul. Kita sering berfikir apa yang normal pada masyarakat itu betul". Kita sewajarnya membetulkan perkara yang biasa dan membiasakan perkara yang betul. Teringat pesan Datuk, jika kita selalu melakukan sesuatu, kita sebenarnya suka melakukannya. Apa yang kita selalu lakukan akan menjadi tabiat, tabiat untuk akan menjadi budaya jika diterjemahkan dalam masyarakat. Cuba perhatikan apa yang sering kita lakukan setiap hari, kadang-kadang kita tidak perasan kerana minat yang mendalam akan menjadikan kita asyik melakukannya tanpa rasa terbeban.

Manusia amat cenderung kepada keseronokan. Jalan yang sempit yang membawa kepada kehidupan, sedikit orang yang melalui jalan yang sempit. Jalan yang luas yang membawa kepada kehancuran, ramai orang yang melalui jalan luas itu.

Andai berhubungan itu yang normal tetapi tidak betul. Kita sama-sama betulkan dan biasakan apa yang betul, sewajarnya kita lakukan. Nikmatilah melakukan perkara yang baik itu sepertimana manisnya kita melakukan perkara yang tidak betul walaupun pahit. Bermujahadah.

Jujurlah pada diri, jika perkara biasa yang kita lakukan itu sebenarnya tidak betul, perbetulkanlah. Seandainya perkara yang betul itu jarang sekali kita lakukan, biasakanlah diri untuk mengamalkannya. Sehingga suatu tahap amalan tersebut menjadi tabiat.

Memang sukar untuk meninggalkan apa yang biasa, but "there is always a room for improvement". Faktor rakan sekeliling juga penting dalam usaha melakukan perubahan. "Maaf kawan, jika apa yang aku lakukan ini, sukar diterima. Aku ingin berubah kearah kebaikan"

Usaha berterusan yang juga dianggap senjata bagi orang mukmin adalah "doa". Aku amat taksub pada amalan berdoa, amalan yang sunat tetapi seolah-olah wajib, menunjukkan kebergantungan kita kepadaNya. Dalam pada yang sama kita perlu berusaha. Jangan pula berdoa sehingga abaikan sunnatullah. Man jadda wa jadda. Menurut pendapat Dr HM Tuah dalam buku karangan beliau yang bertajuk "Membina Imaginasi Cemerlang", kita perlu aktifkan minda separa sedar supaya minda sedar kita bekerja dengan efektif. Dan saya berpendapat berdoa juga sebenarnya satu cara dimana kita boleh mengaktifkan minda separa sedar dengan tujuan, matlamat, target yang kita ingin kecapi. Ketika berdoa juga kita boleh membetulkan niat.

Perbaharui niat dan perbetulkan niat agar esok kita tidak kekesalan. Biar susah sedikit kerana tuhan, untuk menghindar kesusahan ang besar, yang tidak sanggup ditanggung badan. Ambillah iktibar kalau mahu sedar.

DOA. Apa yang kita sebut dan apa yang kita tuturkan adalahdoa. Jika kita mempunyai diari, apa yang kita tulis itu juga doa. Malah, apa yang kita fikir itu juga doa.

*Aku menulis blog, aku membaca blogku berulang-ulang kali (bunyi macam perasan, sebab "syok" dengan blog sendiri) dengan niat apa yang aku tulis dan apa yang aku baca juga adalah doa. Oleh itu, menulis dan bacalah dengan nama Tuhanmu.

Setelah selesai suatu kerja? Sebutlah, yey!..ini kebiasaannya..Perlu dibetulkan, sebutlah "Alhamdulillah". Terjatuh barang? sebutlah, "Innalillah". Melihat kebesaran Allah? ucapkanlah "Subhanallah". Ar-rahim-nya Allah mengurniakan pahala percuma. Sombongkah kita untuk menyebut nama Allah? Atau segan, takut diperli sebagai a'lim? Biasakanlah amalan itu jika merasakan ia betul.

Saya mulakan dengan diri saya dengan apa yang saya sampaikan. Saya sudahi "leteran" ini dengan Alhamdulillah dan mendoakan kalian dengan ucapan peng"erat" silaturrahim, "Assalamualaikum" (semoga istiqamah).

~~~ikhlaskan hati insan yang ingin berubah, ya Allah~~~