29 September 2009

Renaissance...hidup kembali terarah...


"Ayah, along nak pergi FUN FAIR, boleh?" aku bertanya dengan penuh minat. Ayah menjawab, "Boleh, tapi hanya sekali". Aku kehairanan. Kenapa ayah membenarkan aku pergi hanya sekali. Bukankah tempat tersebut amat menarik dan sesuai dengan naluri aku yang masih kecil? Aku tidak membiarkan diriku dalam tanda tanya. "Kenapa sekali je, ayah?"soalku lagi. "Kerana tempat itu tempat yang tidak baik, adanya perjudian, bercampurnya lelaki dan perempuan dan membazir duit. Ayah bawa along ke sana sekali sahaja untuk along kenal tempat tu dan takkan pergi ke sana lagi" terang ayah dengan jelas. "Oh, tempat tu tempat tak elok ke? Kalau camtu along tak nak pergi la." aku menolak tawaran ayah. Selang beberapa hari, aku dan ayah melewati tempat itu lagi. Ayah bertanya, "Along nak pergi tak tempat ni? Jom ayah bawa pergi sekali." ayah bersungguh-sungguh mempelawaku ke sana. " Tak mengapa la, ayah. Along dah tengok dah dalam tv camna tempat tu. Macam genting highland kan, ayah?" Aku menolak tawaran kedua.

Begitulah cara seorang ayah mendidik anak kecil yang menjadi bola mainan syaitan. Anak kecil itu dipujuk rayu oleh syaitan kerana tertarik pada keseronokan sementara. Ayah ingin kenalkan kepada jahiliah. Jika kenal apa itu jahiliah, barulah mudah untuk kita menghindarinya.

Jahil. Nabi Adam diajar Allah agar berpengetahuan. Dilarang Nabi Adam mendekati pohon khuldi. Namun terpedaya jua Nabi Adam akan pujuk rayu Hawa. Mengapa Allah melarang menghampiri pohon khuldi, sama seperti larangan Allah terhadap zina? Jangan kamu menghampiri zina. Ini kerana Pencipta manusia amat arif tentang ciptaanNYA. Allah mengetahui manusia itu lemah. Allah tidak melarang secara terus. Janganlah kamu berzina. Sama jua seperti kisah Nabi Adam, Allah tidak melarang terus. Janganlah kamu memakan buah khuldi.

Tetapi manusia angkuh, mereka merasakan diri mereka kuat. Boleh menahan godaan nafsu dan hasutan syaitan. Dengan menghampiri pohon khuldi, Nabi Adam dan Hawa terpedaya dengan hasutan syaitan lalu memakannya. Kemungkinan besar manusia yang menghampiri zina, akan melakukan zina, jika dilihat kedua-dua situasi ini dari perspektif yang sama.

Namun selaku hamba, kita perlu beradab. Bagaimana beradab dengan Allah? Kita mengetahui setiap perkara, segala yang baik mahupun buruk datangnya dari Allah, tetapi beradabnya kita dengan Allah kita sandarkan keburukan itu pada kelemahan diri kita sebagai makhlukNya yang kerdil. Terima kasih, ya Allah, kerana mengenalkan aku pada bahayanya biusan cinta duniawi secara tidak lansung. Kini aku bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Kau leraikanlah dunia yang mendiam dalam hatiku kerana aku tidak mampu menanggung siksaanMu.

Ya, benar aku akui untuk bertambahnya iman. Aku perlu diuji. Namun begitu, ya Allah, janganlah aku diuji dengan ujian yang lebih berat dari imanku. Seandainya imanku hanya 1kg janganlah Kau mengujiku dengan ujian 2kg. Aku merayu padaMu, Ya Allah. Aku bukan seperti Amr yang tabah dan redha dengan ujian yang besar. Melihat keduaibubapanya dibunuh. Aku manusia kerdil yang hanya baru belajar mengenal apa itu kehidupan. (Bersabarlah keluarga Yassir bagimu syurga di sana).

Maafkanku wahai kaum Adam, andai aku perosak kemuliaanmu. Pujuk rayu manja yang menjatuhkan ego seorang lelaki. Aku benar-benar menyesal. Jadikanlah penyesalanku ini titik mula untuk perubahan yang besar. Impianku untuk menjadi sekuntum mawar berduri mungkin telah musnah. Namun aku tetap akan memelihara kelopak-kelopakku yang masih berbaki. Andai habis maduku dinikmati oleh kumbang lain, aku pohon kemaafan atas kecuranganku sebelum tiba masanya. Aku dambakan ucapan terima kasih atas penghargaan menjaga diriku sebaik mungkin setelah tiba masanya.

Terima kasih wahai nendaku kerana mengajarkanku alif-ba-ta hingga aku lancar membaca Al-fatihah. Tanpa Al-fatihah tidak sah solatku. Apa erti hidup tanpa solat yang sempurna? Malah lebih teruk lagi, khuatir andai aku menyangka solat kuditerima. Namun sebenarnya sia-sia kerana tidak cukup syarat rukunnya. Dengan Al-fatihah juga, aku boleh berbakti kepada ibu bapa. Bagaimana? Dengan menghadiahkan bacaan Al-fatihah kepada mereka tanda kasih sayangku.

Guruku yang tercinta, redhakanlah aku. Semoga segala ilmu dapat dipraktikkan. Harapanku, pahala jariah terus mengalir deras buatmu.

Musnahkanlah kegelapan. Bercahayalah kebenaran. Oleh sebab itu, aku cukup benci pada sambutan hari jadi, meniup lilin di atas kek. Simbolik. Daripada cahaya kepada kegelapan.

Betapa indahnya Islam dengan sifat inqilabiah. Biarpun sifat-sifat Islam ini bukan datang dari nabi. Tiada sandaran hadis. Aku hargai ulamak kontemporari yang memudahkan aku untuk memahami agamaku. Apa yang dimaksudkan dengan inqilabiah? Kebangkitan Islam dengan jatuhnya jahiliah. Islam dan jahiliah tidak boleh selari. Sifat Islam ini wajar diamalkan dalam diri setiap muslim. Perkara jahat dan baik tidak boleh sama naik, bahasa mudahnya. Aku wajib meninggalkan amalan-amalan jahiliah untuk menjadi mukmin yang kuat. Ya Allah, pintaku lagi janganlah Kau hilangkan rasa bersalah andainya aku melakukan dosa. Penyesalan inilah nikmat paling besar yang harus aku pelihara.


~~Aku dan detik renaissanceku~~~


28 September 2009

Mengalihkan pandangan


Aku pohon disukai
Aku disukai
Aku pinta disayangi
Aku disayangi
Aku inginkan perhatian
segalanya diambil berat

tapi...
jiwa dan hatiku tetap kosong..
bukan ini yangku perlukan..
ini hanya kemahuan..
keinginan menurut fitrahnya insan..

Ya Allah,
Andai aku meminta lagi..
masih adakah peluang kesekian kalinya?
Kau mengetahui apa yang kuperlukan..
aku perlukan apa yang kuperlukan..
aku bukan lagi mahukan apa yang kumahukan..

Doaku ya Allah mungkin tidak seperti semalam..
Kurniakanlah aku apa yang kuperlukan..
aku perlukan KAU..
tatkala aku kekosongan, Disitulah KAU hadir...




Buli Raya???





Raya...berkumpulnya sanak saudara.. jua tempat melepaskan gian kepada budak ini.. BULI RAYA?.. pembuli memakai kopiah?hehe...apa fungsi kopiah? ada pendapat mengatakan tidak mengapa jika merasakan diri tidak baik tetapi memakai kopiah..mengapa? kerana kopiah boleh berfungsi sebagai "pengingat".. Bagaimana ia berfungsi? Cuba kita bayangkan, jika seorang lelaki berkopiah menonton wayang bersama teman wanitanya. Tidakkah timbul rasa malu atau segan untuk dia melangkahkan kaki ke panggung wayang? Mungkin terbatal niatnya untuk menonton bersama.


Pembuli menanggalkan kopiah agar tampak ganas bersesuai dengan aksinya. "Posing" makin menjadi. Gagal juga kerana kanak-kanak ini tersenyum gembira. Dibuli dengan penuh kerelaan. Mengapa tidak berkopiah? ada pendapat mengatakan, tidak berkopiah itu memudahkan kita mendekati golongan yang jarang ke surau. Mungkin benar, mungkin tidak. Bagiku, apa pun prinsip yang dipegang, penampilan mencerminkan peribadi. Kemas menggambarkan duta islam itu mementingkan kebersihan. Peliharalah. Profesional itu jua tuntutan agama kerana mukmin yang kuat itu lebih baik dari mukmin yang lemah.


Belajar bertakbir


Di suatu pagi, 1 syawal yang hening, berkeliaran seorang budak comel yang belum mandi di ruang lobi rumah datuknya...Lalu diterpa oleh datuknya supaya duduk di hadapan hidangan ketupat dan rendang...Diajarkan oleh datuknya takbir...sungguh meriah suasana ini, walaupun tidak seramai mana..Selamat berhari raya.. selamat menjalani ibadah puasa enam bagi muslimin dan selamat membayar 'hutang' bagi muslimat...;-)


Pelvic Floor Muscles During Slow Moderate Exercise


Researcher : Woo Kai Wen ( KEU 060070)
Supervisor : Assoc. Prof. Dr. Fatimah Ibrahim

INFORMED CONSENT STATEMENT

1. Invitation to participate and Description of the project

You (female only) are being asked to participate in our study of muscle activities of the pelvic floor muscles during slow moderate exercise. We are investigating this topic in order to further our understanding of pelvic floor muscle activities and benefit of pelvic floor exercises.

* this study was not designed to benefit you directly. But there is some possibility that you may learn about pelvic floor exercises and benefit through your participation. this research may help us to better understand pelvic floor muscle activities.

* Honorium of RM50 will be given as a token of appreciation for each completed set of data collected.



15 September 2009

'Aqabah kedua= 'Aqabah Taubat


Salam pertemuan wahai penuntut ibadat!

2 perkara yang mewajibkan taubat:
1- supaya mendapat taufik untuk mengerjakan dengan taat
2- supaya ibadat diterima Allah

1-MENDAPAT KETAATAN

kesialan dosa2 mempesakai halangan mendapatkan kebajikan dan mengakibatkan kehinaan. belenggu dosa menghalang untuk taat dan bersegera berkhidmat kepada Allah. berkekalan melakukan dosa akan menghitamkan hati. Maka hati berada dalam kegelapan, keras, tidak bersih dan tidak merasai kelazatan, kemanisan dalam mengerjakan ibadah.

Bagaimana orang yang berada dalam kesialan dosa dan kekerasan hati akan mendapat taufik untuk taat? Bagaimana orang berlumuran dengan najis-najis menghampirkan diri untuk bermunajat?

Apabila berdusta seseorang hamba dua malaikat menjauhkan diri daripadanya kerana busuk apa yang keluar daripada mulutnya.

Maka bagaimana lidah berdusta layak berzikir kepada Allah? Orang yang berterusan melakukan maksiat tidak mendapat taufik dan anggota tubuhnya tidak ringan untuk beribadat kepada Allah. Jika kebetulan melakukan ibadah, maka dia mengerjakan dengan kepayahan, tiada sertanya kemanisan beribadat. Kesemuanya kerana kesialan dosa dan kesan meninggalkan taubat.

2-IBADAH DITERIMA

Taubat diibaratkan seperti hutang manakala ibadah adalah hadiah. Hutang wajib dibayar. Seandainya hutang yang wajib dibayar tidak dilangsai, maka sudah pasti tuan empunya hutang tidak akan menerima hadiah. Beribadah tanpa taubat sudah tentu ibadah akan ditolak.

Oleh itu, aku wajib bertaubat kerana bertaubat daripada segala maksiat dan memohon keredhaan musuh adalah kefardhuan yang mesti, sedangkan kebaikan ibadat yang dilakukan secara sukarela itu hanya sunat sahaja.

Bagaimana diterima ibadah sukarela sedangkan hutang tunai yang wajib tak dibayar? Bagaimana meninggalkan yang halal dan mengekalkan yang haram? Dan bagaimana aku bermunajat dan berdoa serta memuji Allah, sedangkan DIA murkakan aku?

Apa makna taubat nasuha? Taubat nasuha itu merupakan satu daripada kerja-kerja hati, dan menurut kata ulamak r.a:"ialah membersihkan diri daripada dosa".

bahawasanya taubat itu ialah meninggalkan dengan ikhtiar daripada melakukan dosa yang kedudukannya sama. Dosa ditinggalkan kerana membesarkan Allah dan kerana memeliharakan dirinya daripada kemurkaanNya.

4 syarat taubat:

1-meninggalkan dosa dengan ikhtiar
2-bertaubat daripada dosa



14 September 2009

Ibnu Wahid


setahun jagung
aku ditarbiyah di bumi 2nd
aku dipinjamkan Allah seorang ketua
ketua yang kuhormati

siapakah ketuaku itu?
hitam manis berasal dari utara
wajah tenang penuh kasih sayang
seorang yang amat memahami

aku beruntung ya Allah
dipertemukan dengan hambaMu ini
tatkala aku susah
dia sedia menghulurkan bantuan
tatkala aku bersedih
dia sedia menghiburkan
tatkala aku kesepian
dia menceriakan...

hidupku ceria dengan perkenalan ini..
sedang aku bergembira menikmatinya
KAU uji aku dengan pahitnya perpisahan
semoga dengan perpisahan ini
mendewasakanku sebagai anak didik IBNU WAHID
dan menjadikan aku menghargainya selamanya..

terima kasih ust...

13 September 2009

Faktor ke-2 ilmu > ibadah?


Faktor kedua yang mewajibkan aku wajib mendahulukan ilmu daripada ibadat adalah kerana sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu akan membuahkan rasa takut dan hebat kepada Allah. Firman :

"Sesungguhnya yang takut kepada Allah daripada hambaNya ialah para ulama (yang beriman lagi yang bertaqwa)" (Surah Faathir:28)

Sesiapa tidak mengenal Allah dengan sebenar-benar makrifat, nescaya tidak merasa hebat terhadapNya dan dia tidak akan mengagungkanNya dengan sebenar-benar penghormatan yang takzim. Dengan ilmu aku akan:

1-mengenalNya
2-mengagungkanNya
3-takut terhadapNya

Ilmu membuahkan taat dan halang dari maksiat dengan taufiq Allah. kedua-dua ini merupakan tujuan hamda beribadat kepada Allah.

::Wajiblah berilmu terlebih dahulu::

3 ilmu yang wajib dituntut:

1-Ilmu tauhid : (iaitu usuluddin)
2-Ilmu as-sir : (ilmu tasauf) ilmu yang berkait dengan hati dan pekerjaan2 t'sembunyi dlmnya.
3-Ilmu syari'at : (ilmu fekah)

1. ILMU TAUHID

Fardhu: mengetahui tentang usuluddin (mengenai ketuhanan, kenabian dan perkara2 sam'iyat)
  • Ketuhanan: Satu TUHAN, esa yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan, maha suci dari kekurangan dan kebinasaan.
  • Kenabian: nabi Muhammad hamba Allah dan utusan yang benar. benar pada apa yang didatangkan baginda daripada Allah dan melalui lidah. Wajib mengetahui masalah dalam syi'aarus-sunnah agar tidak terjerumus dalam bidaah y sesat.
2.ILMU AS-SIR

Fardhu: mengenal segala yang wajib dan segala yang dilarang, sehingga terhasil perasaan mengagungkan Allah, ikhlas terhadapNya, niat baik dan terselamat amalan dari cacatcela.

3.ILMU SYARI'AT

Fardhu: segala apa yang ditentukan fardhu seperti bersuci, solat dan puasa, wajib tahu agar dilaksanakan dengan betul lagi sah. Haji, zakat dan jihad juga fardhu.

Allah telah berwahyu kepada nabi Daud:

"Wahai Daud! Pelajarilah olehmu ilmu yang bermanfaat"

Maka nabi Daud bertanya:

"Ya Tuhanku! Apa dia ilmu bermanfaat itu?"

Allah berfirman:

Ilmu yang dapat engkau mengenal kemuliaanKu, keagunganKu, kebesaranKu dan kesempurnaan kekuasaanKu atas segala sesuatu. Maka sesungguhnya inilah yang mendekatkan engkau kepadaKu."

Hadis Nabi:

Ilmu itu ada 2: Ilmu yang ada dalam hati disertakan amal, maka itu ilmu yang bermanfaat dan ilmu yang hanya berada atas lidah tanpa amal, maka itulah ilmu yang menjadi hujah Allah untuk mendakwa kesalahan terhadap anak Adam.

Menerusi kitab Bidayatul Hidayah pula, imam al-Ghazali telah menyebut, Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang:

  • menambahkan perasaan takutmu kepada Allah
  • menambahkan celik mata hatimu terhadap keaiban-keaiban dirimu
  • menambahkan lagi ibadatmu kepada Allah dengan sebab makrifatmu kepadaNya
  • mengurangkan gemar kasihmu kepada dunia
  • menambahkan gemar kasihmu kepada akhirat
  • membukakan pandangan mata hatimu terhadap kebinasaan2 segala amalanmu sehingga memeliharakan dirimu daripadanya
  • menampakkan kamu kepada perdayaan syaitan dan tipuannya
Ibnu A'toillah as-Sakandari dalam kitabnya al-Hikam:

Ilmu yang bermanfaat itu adalah ilmu yang meluas dalam dada sinar cahayanya dan yang terbuka dengannya penutup hati yang gelap-gelita. Sebaik-baiknya ilmu itu ialah yang disertai persaan takut kepada Allah maka dia milik kamu yang dapat dimanfaatkan dan jika tidak begitu maka dia merbahayakan terhadap dirimu.

Saidina Ali meriwayatkan:

"Tiada menggembirakan daku andainya aku mati diwaktu kanak-kanak dan aku dimasukkan ke dalam syurga, walhal aku tak sempat mengenal Tuhanku, maka sesungguhnya orang yang paling mengenal Allah itu ialah orang yang paling takut dan yang paling banyak beribadat kepada Allah, lagi yang paling baik memberi nasihat pada jalan Allah s.w.t"

Sabda Nabi:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana bermegah-megah dengannya terhadap ulama atau kerana berbantah-bantah dengan orang jahil, atau kerana memalingkan muka manusia kepadanya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam neraka"

Awaslah syaitan memikat akan membisikkan kata-kata memerangkap:
Sesungguhnya apabila ada bahaya besar dalam menuntut ilmu, maka meninggalkannya adalah lebih baik.
Jangan sesekali tertipu menyangkakan kata-kata itu benar.


12 September 2009

Dimana ketenangan dan dimana bahagia?

Dimana ketenangan dan dimana bahagia? Teringat aku akan lirik lagu nadamurni yang bermain dibibirku sedari usia tujuh tahun. Kadang kala kita menyangka hari cerah hingga petang rupanya gerimis di tengahari. Hasratku ingin menawan hati mu tetapi pemilik hatimu lebih layak ke atas hatimu.;-). Aku hanya mampu berusaha, DIA yang menentukannya.

Dimanakah nilai kasih sayang antara kita?selamatkanlah kami dari memutuskan silaturahim. Akal bersuara sabarlah. Mungkin mereka memerlukan masa untuk mengeksploitasikan kebijaksanaanku, kata akal, hadiah teragung dari Allah yang membezakan aku, engkau dengan haiwan.

Aku bukanlah seorang pewira.

PINTAKU agar kita menikmati nikmat kasih sayang. RAYUKU agar kita sama merendahkan kepentingan diri untuk menjamin kebahagiaan bersama. HARAPANKU agar kita terus dalam redhaNYA...DOAKU agar kita tidak tergolong dalam golongan yang kufur nikmatNYA (sengaja aku menghebahkan doaku ini agar hatimu jua terdetik untuk meng'amin'kannya)..

10 September 2009

Muncul bila ISLAM tidak pada tempatnya..Insha ALLAH


Pemalu. Malu untuk bercakap di hadapan orang ramai (Public Speaking). Tetapi bila menyedari Islam yang mulia dan tinggi tidak berada pada tempatnya, mula tercabar. Lekas bangkit untuk mempertahankannya.

Can I add something, As a muslim, we need to pray at 1.30pm. I suggest we do practise first and rest.

On that time, don't think about grammatical mistake. The most important is our duty to the Creator.

Non Muslim asked me, do you pray everyday? YESSSSSSSSS...my friends and I answered together..They suggested us to postpone solat to another day..owhh..no..they actually do not know Islam very much..They also asked how many times that muslims perform solat. We answered five and they show little bit suprise.

Thank you, Allah for giving me the opportunity to stand up and talk something that I need to talk. Alhamdulillah, they can accept my suggestion and take into consideration.

This training show the real MUSLIM outside UM campus nowadays. My conclusion is we, as a MUSLIM need to work harder to ensure ISLAM on the right place. (A'DIL)

~a day after my last day in SCICOM academy~

08 September 2009

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

4 Golongan lelaki ditarik wanita

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap..(^_*)

SUBUH...;-)


Assalamualaikum..

Masa depan Islam boleh dilihat pada berapa ramai jemaah bagi solat subuh. Bagaimanakah keadaan kita ketika subuh. Sukar untuk bangun. Sudah dikejutkan beberapa kali tetap liat untuk bangkit. Jika subuh sudah gagal, usah bicara tentang tahjud dan qiamullail. Seandainya bangun malam itu menjadi penyebab kau tidak bangun awal subuh, mungkin sesuatu sudah tergelincir dari landasan.

Mengapa tunggu usia tua baru hendak pulun beribadah. Gunakanlah masa muda sementara otot masih gagah berdiri. Bila datang usia tua sudah tidak berdaya, baru bersemangat untuk beribadah.

"Tok wan saya seorang tok imam, ayah saya seorang ustaz, emak saya seorang ustazah...bapa saudara seorang guru Al-quran, emak saudara saya seorang guru Fardhu Ain...bla..bla...kemudian, anak saya seorang hafiz, cucu khatam Al-quran ketika berusia 5 tahun". Kita sering berbangga dengan orang disekeliling kita. Bagaimana pula dengan diri sendiri? Bertambah ajaib, seorang rakan riak dengan amalan kawannya. "Kawan saya selalu puasa sunat". Dia, dirinya sendiri tidak pula mengamalkannya. Berbangga dan riak dengan amalan orang lain. Pelik. Apa yang lebih menghairankan adalah mereka tidak pula sedar dengan apa yang sedang dilakukan. Kebiasaannya orang beramal dengan cara Islam ini tidak berkata apa kerana mereka sudah cukup menerti bahawa pujian dan riak itu pakaian DIA.

Bersama-sama kita mulakan hidup dengan beribadah seawalnya ketika usia masih muda, seawal sepertiga malam, jika tidak mampu sekurang-kurangnya seawal subuh setiap hari. Mungkin subuh esok bukan milik kita lagi.


Kala Subuh Telah Bersinar
Daku Datang Untuk Berdoa
Kala Sang Suria Bersinar Memancar
Daku Datang Sujud dan Memuja

Hidupku Pasrah Kepada Mu
Ibadahku Hanya Untuk Mu
ku Sebut Nama Mu Allahhu Akbar

ku Harap Pada Mu Semata
Sebelum Jasad Menjadi Tanah
Hapuskan Segala Dosa
Disengaja Atau Tiada

Tuhanku ku Pohon Restu Mu
Perjuanganku Hanya Untuk Mu
Kusebut Nama Mu Allahhu Akbar

ku Harap Hidayah Dari Mu
Dalam Menempuh Jalan Hidupku
Cintaku Hanya Untuk Mu
Kebahagiaan Yang ku Harapkan

JANJI dan HUKUM TUHAN PASTI BERLAKU

Oh alangkah indah hidup ini
Bila Islam bersinar kembali
Cahaya iman menyuluh tiap sanubari
Kebenaran mewarnai bumi

Kalam Allah memimpin manusia
Sunnah Rasul memandu langkahnya
Isi alam mendapat rahmat dan berkatnya
Kebatilan tiada tempatnya

Telah lama dinantikan
Bara Islam marak semula
Manusia kegelapan
Merindukan cahaya pembela

Pasti datang saat itu
Janji Tuhan pasti berlaku
Di dunia bahagia
Syurga Tuhan kekal selamanya

Pada Tuhan doa dan harapan
Daulah Islam seluruh dunia
Selamatkan kami umat di akhir zaman
Dengan iman yang terpelihara



Tak terucap kepiluan ini
Titik hitam yg menghijab hati
Hitung dosa saat pergi takkan kembali
Sisa umur tidak undur lagi

Perjalanan dalam kehidupan
Bukan jauh ketentuan datang
Mungkin esok takdir takkan dapat dihalang
Untung nasib di genggaman Tuhan

Isi alam puspa warna
Bukti Tuhan Maha Kuasa
Kemanakah arah tuju
Hukum Tuhan pasti berlaku
Bukan tempat lalai leka
Di dunia bakti di tempah
Tanam budi luhur budi
Di akhirat tempat Abadi


Himpun doa di pohon harapan
Tempat rahmat petunjuk pimpinan
Ikhtiar usaha moga dengan Nur dari Tuhan
Suluh terang jalan kebahagiaan

07 September 2009

Adakah aku tergolong dalam golongan munafik?





Salam..

Aku berjanji untuk bersamamu mengharungi susah senang. Tatkala tiba masanya aku mengundur diri. Aku tidak mengotakan janji manis yang termetrai bersama. Maaf sahabatku, andai kini kau berseorang mengharungi kesusahan. Tetapi aku yakin kau cukup kuat untuk menghadapinya. Aku cukup kenal, kegigihan dan ketekunanmu menjadi inspirasiku. Terima kasih wahai sahabatku.

Dalam asyik kita senda bercerita, adakalanya juga kita saling terluka. Berselisih pendapat. Namun apa yang menariknya, diakhir kita tetap bersama.

Ketika mula bertemu
Terasa bagai telah lama bersua
Kau sambut hulur tanganku
Bertegur sapa penuh mesra

Masa terus berlalu
Dan kita tetap seiringan berjalan
Menempuh onak liku
Lalui semua suka dan duka bersama

Biarlah apa pun rahsia dan kelemahanmu
Tetap engkau temanku
Riangnya saat kita ketawa
Asyik senda dan bercerita
Walau sesekali pandangan kita berbeza
Akhirnya tetap serupa

Adakalanya kita juga saling terluka
Namun diakhirnya kita tetap bersama

Dan kini dipisahkan.....


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SOHABI...'CAHAYA PETUNJUK"

06 September 2009

sakit hati kerana hati sakit..;-(


Assalamualaikum...
Apa khabar hati?..Sakit hati??? owh...memang pedih...kenapa? hanya yang mengalaminya mengetahui betapa parahnya perasaan ini..."Sakitnya hatiku, emah!",kata seorang sahabat kepada rakan serumahnya. Sabarlah. Kadang kala kita perlu redakan keadaan. Beri tempoh untuk akal berfikir.

Wau...akhirnya, dalam diam kau hadir membawa penyelasaian. Kebuntuanku mungkin ada penawarnya, lintasan hatiku terhadap apa yang sedang berlaku sebentar tadi. DIAMMU UBI...hehe, bagus kawanku...untung aku bersahabat denganmu.. (apa benefits kau peroleh dari berkawan denganku?..huhu)..Hadirmu ke sisi ku dengan sebatang pena dan buku yang tercatit hadis yang berguna...moga menjadi penawar buat kesakitanku kini...

Erm..sakit hati tidak mengapa lagi...apa terjadi jika hati sakit??? bagaimanakah cara untuk kita trace hati yang sedang sakit... salah seorang kawanku kini berada di yaman pernah berkata, SAKIT HATI KERANA HATI SAKIT.. erm.. mungkin ini indicatornya untuk ku menilai sama ada hati sakit atau sebaliknya... Tapi.....(banyakla tapi2..hehe)...bgaimana pula kalau hati mati????owh..jangan begitu, kalau hatiku sudah mati pasti sudah tidak diendahkan semua ni...

Kalau hati sakit..."check solat" terngiang-ngiang suara seorang sahabat (product of BUMI WAKAFAN)...wah parahnya, bukan perkara main2...hati sakit berpunca dari solat yang tidak sempurna...Jagalah hati, jangan dikotori...kalau dah kotor?cucila...huhu..nak cuci perlu bermujahadah..tawan nafsu to become "educated nafsu" then only nafsu be your best friend...;-)

ranking nafsu terkini=lawwamah...kalau aku berjaya mencapai mutainnah pasti hatiku gembirakan??? aku memujuk hatiku sendiri...hehe...BERTENANGLAH WAHAI HATI..;-)

Mutmainal qulub~~~

Masuk syurga kerana RAHMAT ALLAH


Adakah aku berpeluang untuk ke sana?..sedangkan seorang pelacur bisa masuk ke syurga kerana simpatinya terhadap seekor anjing kehausan di padang pasir...seorang imam besar masuk ke syurag kerana kasih sayangnya terhadap seekor lalat dgn membiarkannya meminum dakwat ketika mengarang kitab beliau...Seorang abid tidak dimasukkan ke dalam syurga kerana ibadahnya yang banyak tetapi kerana Rahmat Allah...AMALAN yang manakah menjadi tiket untukku ke sana?

I cannot change person's behaviour, but what i can do is change my own....


Me, Myself and I


Ada apa dengan ku? Aku adalah aku. Aku berkehendak. Aku seperti engkau yang juga mempunyai kehendak-kehendak. DIA? tidak berkehendak. Malah DIA tidak mendapat apa daripada ibadah kita. Sesungguhnya hidup mati kita kerana DIA, tapi hakikatnya semua kebaikan/manfaat ibadah kembali kepada kita juga. DIA tidak bertambah dengan amalan kita. Jika bertambah ertinya DIA kurang. Mahasuci DIA dari kekurangan.

Kehendak? semua manusia berkehendak. Kehendak-kehendak ini sifat asalnya memang jahat dan mengajak kepada kejahatan. Ia tidak boleh dibuang tetapi ia boleh dididik. Ia hanya hilang apabila aku dan engkau sampai ajal iaitu bercerai jasad dan nyawa. Jika kita orang membesarkan DIA, kehendak ini menjadi musuh utama. Apakah ia? itulah NAFSU.

1. AMARAH
paling jahat dan bangga pabila berbuat jahat, sanggup bersusah untuk buat jahat, tidak takut Tuhan

2. LAWWAMAH
sedikit rasa takut dengan Tuhan, tapi tidak mampu meninggal kejahatan (lahir dan batin), hati kesal dan sedih apabila melakukan kejahatan. Berbuat jahat bukan untuk berbangga dan seronok tetapi lemah dalam melawan nafsu.

3. MULHAMAH
nafsu yang telah diberi ilham, sudah mula mendapat pimpinan Tuhan, sudah mampu meninggalkan kejahatan lahir, akan tetapi kejahatan batin belum mampu meninggalkannya (cth: sombong, riya', u'jub)
sudah boleh melawan nafsu tetapi belum cukup kuat, seandainya datang ujian, mula goyah.
Jika mati, selamat

4. MUTMAINAH
selamat, tenang
telah memperoleh ketenangan dalam hidup, tenang dengan ujian dan nikmat Tuhan.
tidak tergugat dengan sihat atau sakit, pabila dihina=tidak sakit hati, pabila dipuji=hati tidak berbunga.
Peringkat= solehin dan wali kecil.

5. RADHIAH
redha dengan ketentuan Tuhan.
ujian= hadiah daripada Tuhan
(mutmainah=sabar dengan ujian, radhiah=gembira dengan ujian)
andai dibuat jahat akan dibalas baik

6. MARDHIAH
Tuhan redha dengannya
Hadth Qudsi:
"Mereka melihat dengan pandangan Tuhan, mereka mendengar dengan pendengaran Tuhan, berkata-kata dengan kata-kata Tuhan"
Peringkat=mujahid, mujtahid dan wali-wali besar

7. KAMILAH
hanya untuk para Nabi dan Rasul.
manusia biasa hanya mampu mencapai peringkat keenam.

Berusaha mendidik nafsu kerana nafsu yang terdidik akan melahirkan manusia yang terdidik...

Bantulah aku ya Allah, pandulah aku menuju CINTA AGUNG MU.. Sesungguh aku sedia maklum Engkau tidak mengendahkan permohonan dan doaku tatkala aku leka... bantulah aku untukku menghayati doaku..ameen.