10 February 2010

Bumi Tuhan...bersama menikmati nikmat Ilahi


Saatku mula melangkah kaki di bumi bertuah ini...
Aku bersama insan tersayang asing dibumi sendiri..
Saat itu penuh harapan dan pengorbanan...

Dan kini...

Aku ditakdirkan untuk hidup berjasa di bumi ini..
terkenang memori pahit ketika mula menjejak kaki ke sini..
Universiti terulung dengan keunggulan teknologi emas hitam...
Pengalaman itu membawa aku selangkah ke hadapan...

Iltizam...
Terus berjasa di sini meskipun terlalu besar luka dahulu..
Parut sebagai ingatan agar aku terus mengenang jasa insan tersayang...
Akanku tekun menambah ilmu dan menimba pengalaman di sini...
Akanku carigali salah silah warisku yang ternyata lebih berharga dari emas hitam itu...

Aku amat merinduimu, wahai insan yang amat kusayangi...


~~~Lafaz yang tersimpan~~~