25 August 2009

AQABAH PERTAMA = AQABAH ILMU

Minhajul 'Abidin merupakan kitab hasil karya Imam Al-Ghazali yang menerangkan tentang GUNUNG TUJUH. Susunan tujuh gunung pada jalan ibadat adalah seperti berikut:

Pertama : 'Aqabah Ilmu
Kedua : 'Aqabah taubat
Ketiga : 'Aqabah Penghalang
Keempat : 'Aqabah Kedatangan Gangguan Rintangan
Kelima : 'Aqabah Pendorong
Keenam : 'Aqabah Perosak
Ketujuh : 'Aqabah Puji dan Syukur

Awal-awal yang wajib ke atas kita adalah berilmu. Ilmu adalah paksi ibadat.

Allah menciptakan tujuh petala langit, dan daripada bumi seumpamanya jua, turun perintah Allah antaranya( langit dan bumi) supaya kamu semua berilmu (mengetahui) bahawasanya Allah telah meliputi akan ilmunya dengan tiap-tiap sesuatu. (At-Tholaaq:12)

Firman di atas menjadi dalil kemuliaan ilmu, terutamanya ilmu tauhid. Manakala firman di bawah menjadi dalil kemuliaan ibadat.

Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepadaKu. (Az-Zaariyaat:56)

Setelah mengetahui kepentingan kedua-dua elemen ini, maka ketahui (dan yakinlah) bahawa ilmu itu adalah paling mulia dan paling utama daripada dua permata tadi, kerana nabi pernah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya kelebihan orang alim (yang beramal dengan ilmu) di atas orang abid ( yang beribadat tanpa ilmu) seperti kelebihan diriku di atas orang yang paling rendah (martabatnya) daripada umatku."

Dan sabda nabi menambah lagi:

"Sekali tilik wajah orang alim terlebih kasih kepadaku daripada ibadat setahun puasanya dan sembahyangnya."

Dan nabi bersabda lagi:

Tidakkah (kamu ingin) saya tunjukkan kepada kamu di atas semulia-mulia ahli syurga? Sahut mereka itu: "bahkah ya Rasulullah. " Sabdanya : Mereka itu ialah para ulama umatku."

Ternyatalah bahawasanya ilmu itu terlebih mulia daripada ibadat, akan tetapi seorang hamba yang berilmu tidak beribadat, ilmunya itu ibarat debu yang bertaburan. Ilmu ibarat pokok manakala ibadat adalah buahnya. Hasan Basri berkata:

"Tuntutlah olehmu ilmu ini sebagai tuntutan yang tidak memberi mudarat kepada ibadat, dan tuntutlah ibadat ini sebagai tuntutan yang tidak memberi mudarat kepada ilmu."

Ilmu itu akar umbi dan petunjuk jalan ibadat. Nabi bersabda:

"Ilmu itu imam amal, sedangkan amal itu menjadi pengikutnya (makmumnya)."



2 FAKTOR ILMU LEBIH PENTING DARIPADA IBADAT

Pertama : Supaya ibadat yang sebenar lagi sah dapat dilaksanakan serta terselamat daripada cacat cedera.

No comments: