26 August 2009

IBADAT SYARAK DAN IBADAT BATIN adalah FARDHU

Wajib untuk mengenal Allah yang disembah, kemudian barulah beribadat Allah. Bagaimana beribadat kepada Allah sedangkan tidak mengetahui nama-namaNya, sifat-sifat zatNya dan apa yang wajib bagiNya, serta yang mustahil pada sifatNya. Ketiadaan ilmu, aku mungkin beriktikad pada Allah dan sifat dengan sesuatu yang menyalahi yang sebenar.

Kemudian, wajib mengetahui apa yang mewajibkan aku mengejarkannya daripada kewajipan-kewajipan syarak agar dapat dilaksanakan dengan betul. juga wajib mengetahui apa yang larangan-laranganNya agar dapat meninggalkannya.

Ibadat-ibadat syarak seperti bersuci, sembahyang, puasa dll. Dengan berilmu, aku dapat menyelesaikan kemusykilan2 tentang ibadat.

Ilmu turut merangkumi ibadat2 batin yang merupakan kerja hati yang wajib aku ketahui daripada tawakal dan penyerahan diri (kpd Allah) serta redha (dgn qadak dan qadarnya) disamping sabar, taubat ikhlas dll. Segala larangan adalah merupakan lawan kepada suruhan seperti marah, cita2 kosong, riak dan sombong.

Ibadat batin ini merupakan fardhu dan larangan dengan lawannya dikhabarkan melalui firman dan lidah nabi s.a.w.

"Dan, hanya kepada Allah hendaklah kamu bertawakal, jika kamu (benar-benar) orang yang beriman" (Maidah:23)

"Dan bersyukurlah kamu kepada Allah, jika kamu (benar-benar) hanya kepadaNya sahaja kamu beribadat" (Baqarah: 172)

"Dan bersabarlah kamu, dan tiadalah kesabaranmu melainkan dengan (pertolongan) Allah." (An-Nahl:127)

"Dan hendaklah kamu putuskan (ibadatmu) kepadaNya(semata-mata) sebagai putus(yang sebenar-benarnya tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain) yakni hendaklah kamu benar-benar ikhlas terhadap Allah." (Al-Muzammil:8)

No comments: