29 December 2009

Tebarkanlah salam














" Tebarkanlah salam antara kita walau dimana sahaja.. walau di mana jua.. mengapa rasa malu untuk mengucapkan salam? Adakah cara yang lain lebih baik darinya? oleh itu yakinlah salam yang lebih utama" lirik lagu yang berunsur nasihat ini sentiasa segar di ingatan walaupun telah berkurun lamanya ia diciptakan.

"Salam Sejahtera, Miss.. Selamat pagi, Miss.."tidak mengapa lagi masih membawa maksud..Morning, Miss..Morning...Afternoon, Miss..Apa? pagi..petang.. Saya juga sedia maklum sekarang waktu pagi. Seolah-olah tidak tahu membezakan pagi dan petang..

Apa akan berlaku sekiranya ucapan selamat itu ditukarkan kepada ucapan salam? Wah, bestnya seandainya ucapan salam itu emas, setiap kali ucapan salam itu dilafazkan 1 ketul emas akan dihadiahkan. Sudah tentu ramai yang akan menjadi kaya raya. namun begitu, kemungkinan lain, nilai emas akan berkurangan atau tidak lagi bernilai, Mengapa? kerana emas amat bernilai pada mata manusia kerana ia amat sukar diperolehi. Sesuatu yang sukar diperolehi akan dihargai. Mungkin sebab itu jualah, nilai salam dan ucapan doa kita kepada insan lain ini tidak setanding emas yang menjadi pujaan ramai wanita. sudah tentu nilai ucapan salam lebih bernilai daripada itu.

Sudah akur dengan ucapan salam itu indah, mengakui ia amat berharga dan mengetahui fadhilahnya. Maka, kufurlah mereka yang tidak menyebarkan salam. Wah, sungguh menusuk kalbu pernyataan ini! mengapa? Sehingga kufurkah?

Sukarkah untuk menyebarkan salam? Nampak mudah untuk diamalkan. Hanya ucapan salam. ASSALAMUALAIKUM...rajin lagi, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...jika lebih rajin, ucapkanlah ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...30 pahala telah di topup ke dalam akaun anda..=)


Ucapan mudah, perlaksanaannya susah. Mengapa? kerana ia berkait dengan status, kedudukan, pangkat, jawatan atau kekayaan? seandainya seorang guru berselisih dengan seorang pelajar, adakah salah jika guru tersebut memberi salam terlebih dahulu kepada muridnya? tergugatkah maruah seorang guru jika memberi salam kepada pelajarnya? Atau pelajar hilang atau kurang hormat jika guru yang memeberi salam kepadanya? Pada pendapat saya, pelajar akan lebih menghormati guru yang sebegini. Dia bukan sahaja mengajar pelajar ilmu yang bermanfaat malah mendidik pelajarnya berakhlak mulia.


Si kaya rasa jijik untuk mengucapkan salam kepada si miskin? Apa yang boleh dibanggakan dengan harta yang di dunia lagi telah terbukti tidak boleh dibawa mati. Mungkin boleh ditanam bersama bagi sesetengah agama yang sudah pasti bukan ISLAM yang mulia.

Oleh itu, apa lagi yang menjadi penghalang kepada kita untuk memberi salam? Jika dilihat bacaan tahiyat akhir juga merakamkan ucapan salam Allah kepada kekasihnya, Nabi Muhammad. Indah didikan Allah.

Semoga apa yang terdetik dihati kecil ini dapat diamalkan. Ameen

~~~ Assalamualaikum dan salam sejahtera ~~~

23 December 2009






Bestnya andai dapat bercuti di ladang buah-buahan!!!

15 December 2009

Mentari Terbenam


Berpeluang melihat matahari terbenam? Mengagumkan. Putaran hidup, roda berada di atas terkadang di bawah di atas semula. Andai diriku kini seolah seperti mentari terbenam ketika ini, wahai kekasihku, maka janjikanlah aku fajar yang indah terbit pada keesokan harinya. Kegelapan malam tidak akan selama, fajar subuh datang bersama sinar mentari. Begitulah kegelapan pada duniaku kini, aku yang mencipta suasana dan aku jualah yang perlu bertanggungjawab ke atasnya, kerana apa? Dia, tuhan sekalian alam telah berjanji bahawa tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan golongan tersebut yang mengubah nasibnya sendiri.

Kekasihku tidak bisa menguji kekasihnya selagi mana Dia mengetahui ia layak pada kemampuan yang ada. Ujian menambahkan keimanan. Mengakui engkau kekasihku, seolah-olah aku insan yang terpilih. BAIK. Budget baik! Mmmacam bagus sangat! Aku menyangka aku baik namun sebenarnya jauh panggang dari api. Aku berada di dunia khayalan, sedang mencipta dunia syurgaku sendiri. Lakukanlah apa yang ingin dilakukan dan ketahuilah bahawa pada suatu hari nanti kamu akan kembali, akan mati. Andai engkau berniat untuk berbuat sesuatu yang terlarang, silakan. Lakukan di tempat (BUMI) ciptaanmu sendiri. Mana mungkin aku berupaya mencipta bumi atau tempat aku sendiri. Diluar kudratku. Aku patut akur pada peraturan dan segala yang telah digariskan.

Bicaraku seolah-olah aku melaksanakan segala yang baik. Namun apa yang dikatakan masyarakat sekeliling itu sebenarnya cerminan peribadiku. Terima kasih, wahai teman. Teman yang jujur dan berkata benar itu yang kutagihkan. Pujian atau sindiran halus kadang menyebabkan aku tidak faham. Jiwaku tidak sensitif, mungkin kerana telah keras dek dosa yang menggunung. Berbuat jahat, tidak pula rasa bersalah.

Andai hubungan dengan kekasih dijaga, mana mungkin timbulnya perselisihan atau gangguan terhadap hubungan sesama makhluk. Latar belakang hidup tidak wajar menjadi penyelamat sesuatu yang salah itu benar. Apa yang perlu difahami adalah faktor latar belakang yang berbeza menjadikan kita sedikit berbeza. Andainya tetap serupa walaupun sesekali pandangan kita berbeza. Aku yang kerdil lemah dari sudut pengawalan emosi menjadikan aku mukmin yang lemah. Rasul pernah bersabda, Mukmin yang kuat adalah mukmin yang dapat menahan nafsu amarahnya. Mukmin yang kuat itu adalah lebih baik dari mukmin yang lemah.

Mentari terbenam, jika tidak diamati baik, pemandangannya sama seperti fajar terbit di ufuk timur. Alhamdulillah, aku berpeluang melihatnya mentari terbenam di ufuk barat. Masih terbuka luas pintu taubat untukku berubah. Andai terbitnya fajar di ufuk barat atau mungkin ajal datang bertandang seawal esok hari atau sekelip mata, aku harus segera menyesal dan tidak mengulanginya.

Ribuan kemaafan buat teman, andai aku terlampau dalam mengatur kata, menyentuh perasaan atau segalanya yang tidak kusedari. Aku insan lemah dan kerdil tidak bisa memuaskan hati semua pihak. Tiap bait kataku mungkin datang dari niat yang terpesong menjadikan tujuannya tidak sampai pada sasaran. Nasihat guruku, andai ilmu yang diajarkan kepada orang itu datang dari hati yang ikhlas. Maka apa yang disampaikan mudah diterima oleh pelajarnya, begitu juga sebaliknya. Namun, dalam aku melihat segala kelompangan diri, aku perlu terus gagah berdiri, tidak akan mengaku kalah. Berusaha untuk menjadi baik. Aku perlu berusaha mengubah diri sendiri. Tidak ada siapa dapat mengubah diriku melainkan aku sendiri dengan inzin dariNya.

Aku tetap berbicara pada sesuatu yang benar, walaupun ianya pahit. Aku terus akan berbuat sesuatu yang baik, walaupun diri tidak layak, kerana dosa dan kurangnya ilmu. Aku terus menyampaikan walaupun satu ayat. Semudah nasihat bacaan doa makan, mahupun doa naik kenderaan. Biar diriku dipandang seperti kayak-kanak riang, motifku hanya untuk mengaut pahala yang kecil-kecil agar dapat dikumpul menjadi saham yang menyelamatkan. Andai apa yang dikatakan terkena pada hidung sendiri, itu adalah suatu peringatan. Sokonglah dan raikanlah aku dalam menyahut sumpah Allah dalam surah Al-Asr. Kita dalam kelalaian andai tidak saling ingat-mengingatkan. Mungkin methodku tidak bertepatan menjadikan ia tidak berkesan.

Salam perkenalan wahai teman, syukurku tidak terhingga atas perkanalan ini. Sesungguhnya jodoh pertemuan ini diatur DIA untuk kita saling mengenali. Ukhwah yang terjalin ini lebih indah andai kita berusaha untuk memahami, bukan sekadar untuk difahami. Sesuatu yang pasti, aku tidak akan menjadikan aku seorang yang esklusif, berseronok dengan duniaku sendiri. Aku berusaha menjadikan diriku sangat fleksibel dan mudah didekati, cuma prinsipku harus jelas. Maafkan aku wahai teman, andai terkadang sengaja aku mengelak untuk tidak bermain dengan api kerana takut-takut aku tidak mampu memadamkan api tersebut jika ia sudah marak, tatkala itu, padahnya mungkin menyebabkan aku mati kelemasan dalam asap dari api yang bakal membakar diriku sendiri. Walaupun pada hakikatnya, api juga seperti pisau amat berguna. Ia amat bergantung pada si penggunanya, pisau yang digunakan untuk memotong daging didapur bagi menjamu keluarga makan malam adalah suatu ibadah. Jika pisau digunakan untuk membunuh itu menjadi dosa besar. Konsep yang sama juga diaplikasikan dalam kita berhibur. Memetik lirik lagu kumpulan nasyid ternama, Raihan. Berhibur tiada salahnya kerana hiburan itu indah, hanya pabila salah memilihnya menjadikan kita jadi bersalah. Kurniaan akal yang bijak serta ilmu berkat yang dicari bakal menyelamatkan.

~~~ Aku yang menyimpan impian untuk melihat mentari terbit~~~