26 July 2009

Nurul Imani...cahaya mata pertama ibu saudara bongsu... wah! aku dikelilingi cahaya keimanan..;-)


alhamdulillah..pada sabtu yang lalu, aku telah berkempatan pulang ke kampung untuk meraikan majlis kenduri aqiqah, sepupuku... bersyukur tidak terhingga kehadrat Ilahi kerana telah mengurniakan cahaya mata (Nurul Imani) kepada ibu saudaraku.. Bukan suatu perkara yang mudah untuk melahirkan seorang anak.. (kalau aku bersikap sombong terhadap kedua ibu bapaku, sememangnya aku anak yang tidak mengenang budi)..

Ibu saudaraku mengalami ujian yang agak besar kerana terpaksa dimasukkan ke wad sebulan sebelum melahirkan Nurul Imani, anak sulung mereka. Mungkin ada hikmahnya, waktu rehat yang cukup dan perhatian yang diberikan keluarga menjadikannya lebih tabah. Dalam tempoh 'menunggu' ini juga sempat untuknya muhasabah diri. Mengenang tingkah lakunya terhadap kedua ibubapanya (tok dan tokwan). Mungkin itu hikmahnya. Aku pelajari sesuatu , alhamdulillah..;-)

No comments: