19 May 2008

Selamat hari guru Sperma

Tidak pernah kusangka sperma menjadi guruku. Spermatogenesis mengajarku bahawa kehidupan ini perlu ada pengkhususan dan setiap orang diantara kita punya peranannya masing-masing. Spermatogonium jenis Ad berkeupayaan untuk membahagi secara mitosis untuk menghasilkan dua spermatogonium jenis Ad yang sama, namun adakalanya spermatogonium jenis Ad ini juga boleh bermitosis untuk menghasilkan dua spermatogonium jenis Ap. Spermatogonium jenis Ap ini pula akan meneruskan perjuangannya untuk menghasilkan spermatosit primer dan melalui proses meiosis untuk menjadi spermatosit sekunder yang haploid.

Aku mula terfikir, apakah spermatogonium jenis Ad tidak berperanan penting dalam spermatogenesis? oleh kerana hanya spermatogonium jenis Ap sahaja yang akan membeza menjadi spermatogonium jenis B, yang mana spermatogonium jenis B ini pula akan membeza untuk menghasilkan spermatosit primer.

Jadi, spermatogonium jenis Ap merupakan perjuang yang besar pengorbanannya dan spermatogonium jenis Ad pula hanya berperanan kecil dalam proses ini.

Tanggapanku silap. Sebenarnya spermatogonium jenis Ad memainkan peranan yang amat penting dalam mengekalkan kewujudannya di dalam tubul seminiferus. Jika semua spermatogonium jenis Ad bermitosis menjadi spermatogonium jenis Ap, darimana lagi kita mahu mendapatkan spertogonium jenis Ad. Jika hanya mengharapkan sel germa kita pasti akan mengalami krisis kekurangan generasi penyambung perjuangan ini. Hebatnya.

Begitu jualah realiti dalam kehidupan kita di dunia ini, setiap orang ada peranannya masing-masing. Teringat aku ketika awal zaman persekolahan dahulu, aku terkilan kerana didaftarkan ke sekolah menengah bukan beraliran agama. Hampir kesemua saudara maraku ke sekolah menengah agama ketika itu. Ayah juga kasihan melihat aku yang sering bersedih. Ayah mencadangkan aku agar berpindah ke sekolah agama namun cadangan tersebut dibantah oleh bapa saudaraku. Katanya sekolah yang saya masuk ketika itu sudah bagus. Hatiku terus memberontak. Iri hati aku melihat kawan-kawan yang dapat memasuki sekolah agama dan maahad.

Terlintas difikiran mampukah aku membawa diri di sekolah yang bukan beraliran agama. Aku mula mendampingi sahabat-sahabat yang tampak baik perwatakannya kerana aku tahu pengaruh rakan sebaya ini amat besar. Bersyukur kepadaNya kerana aku dikurniakan rakan yang baik. Ada diantaranya memang bagus sehinggakan pernah bersekolah di tahfiz sebelumnya serta miliki latar belakang keluarga yang baik. Aku mula mengenali rakan-rakan sekeliling.

Setelah tamat persekolahan di sekolah menengah aku terus ke matrikulasi. Apa yang ada di matrik? Di matrikulasi bertambah ramailah kawan-kawanku. Sungguh menarik, mereka daripada latar belakang yang berbeza-beza. Soalan yang sering ditanya diperingkat awal perkenalan, Dulu sekolah dimana? Ramai juga kalangan mereka dari sekolah agama. Aku berbangga dapat berkawan dengan mereka. Cemburu pun ada.

Aku terus memujuk hati supaya tidak bersedih, tidak mengapalah tidak dapat ke sekolah agama tetapi aku miliki ramai kawan-kawan dari sekolah agama. Aku sering bertanya akan pengalaman bersekolah di sekolah agama. Aku ingin mendalami perasaan itu. Ketenteraman jiwa yang mungkin tidak wujud di sekolah biasa. Di matrikulasi, aku melibatkan diri dalam organisasi masjid dengan harapan lebih ramai kawan-kawan yang baik-baik ketemui.

Ternyata begitu banyak kuperolehi daripada perkenalan itu. Mereka memang hebat, segan pun ada apabila bersama mereka. Inferior terus menghantui diriku.

Setelah tamat zaman matrik, aku menyambung pelajaran di universiti. Di sini, aku berpeluang bertemu dan berkenalan dengan lebih ramai rakan-rakan yang baik, mana tidaknya, terkumpul cendikiawan yang faqih agama di Akademi Pengajian Islam (API). Tidak semena-mena aku berasa gembira dapat bergaul dengan mereka. Universiti ini kuibaratkan sebuah sekolah yang mana terdapat kelas-kelas yang berasingan. Jadi, hampir tercapai hasratku untuk memasuki sekolah agama. Harapan terus memuncak.

Tambahan, wujudnya tawaran sains gunaan di sini membuka peluang untuk ku mendekati lebih ramai pelajar API. Apa yang menyeronokkan lagi ada yang beranggapan aku juga pelajar sains gunaan. Hendak sahaja aku mengiakan pernyataan itu. Namun, apakan daya itu hanyalah hanyalanku.

Dimana perananku? Adakah aku spermatogonium jenis Ad yang berusaha gigih mengekalkan bilangan generasi spermatogonium Ad bagi meneruskan spermatogenesis? atau aku spermatogonium Ap yang terus maju kehadapan untuk mematangkan diri untuk menjadi spermatosit sekunder? Atau mungkin aku perlu bersabar dan terus meningkatkan kematangan sehingga menjadi sperma yang akan memasuki lumen tubul semineferus kemudian pantas bergerak apabila berada di vagina dan mengalami kapasitasi sebelum bersenyawa dengan ovum?


Aku sering memikirkan tentang perananku? Keadaan sebegini menjadikan aku sering keliru. Jika aku diibaratkan seperti spermatogonium jenis Ad, adakah aku berupaya untuk bermitosis untuk menghasilkan lebih banyak spermatogonium jenis Ad? Atau mungkin aku diibaratkan seperti spermatogonium Ap? Sungguh rumit. Persoalan demi persoalan bermain difikiranku.


Akhirnya, aku cuba menguji diriku samada aku berperanan sebagai spermatogonium jenis Ad atau spermatogonium jenis Ap. Sungguh mengecewakan hasilnya "spermatogonium jenis Ad negatif ". Mungkin pengalaman yang cetek, ilmu agama yang kurang serta pengurusan masa yang tidak efektif menyebabkan negatif ujian tersebut. Aku mungkin spermatogonium Ap yang perlu mengalami proses pembezaan menjadi spermatogonium B dan terus membeza untuk membentuk spermatosit primer. Kemudian mengalami pembahagian meiosis kepada spermatosit sekunder dan seterusnya mematangkan diri untuk menjadi sperma.

Ketika itu aku akan terus meneruskan perjalanan hidup yang lebih berliku sehinggalah ke alam yang lebih mencabar di vagina. Sepertimana yang kita ketahui keadaan berasid di vagina memungkinkan aku kecundang. Menyedari hakikat ini aku perlu bergerak pantas (rapid movement) agar aku berjaya ke servik, kerana perjalananku masih jauh sebelum bertemu ovum di 'oviduct'.

Sahabat, suatu ketika, aku perlu bergerak perlahan jua, kerana aku perlu mengalami proses kapasitasi. Proses permatangan. Di saat itu, aku akan cuba sedaya upaya mengatasi masalah, mengubahsuai apa jua cabaran agar dapat kutempuhi dengan tabah. Sungguh kusedia maklum proses ini mengambil masa. Namun, aku tetap memerlukan masa untuk meningkatkan kematangan diri.

Walaupun begitu, masa itu perlu ada hadnya kerana ovum miliki jangka hayat yang singkat. Terima kasih atas peringatan ini, ia menjadikan proses permatanganku ada 'masa target'nya.

Sahabat, doakanlah aku berjaya dalam persaingan ini, mudah-mudahan aku dapat menyumbang sebesar sumbangan nuklues sperma untuk disenyawakan bersama nukleus ovum dalam menghasilkan embrio yang akan dilahirkan sebagai seorang anak bukan sahaja diploid genetiknya malah menjadi mata rantai perjuangan yang realiti.


Jika diterjemahkan ke alam nyata, proses spermatogenesis ini mempamerkan satu fenomena yang cukup menarik. Secara logik akal pun kita dapat berfikir, perlunya perbezaan dalam peranan setiap manusia itu. Situasi ini menjadikan kita saling melengkapi. Mengapa timbul persoalan dimana spermatogonium jenis Ad di lumen seminiferus, sudah pasti spermatogonium jenis Ad tiada disana kerana medan kerjanya di dinding tubul seminiferus bukan di lumen.

Usah gusar jika tidak menjadi ustaz ustazah yang mungkin berperanan seperti spermatogonium jenis Ad. Gigih berusaha menambah bilangan serta mengekalkan kewujudan generasi yang miliki kefahaman agama yang mantap, kerana kita mungkin berperanan seperti spermatogonium jenis Ap yang perlu meningkatkan kemahiran diri dan perlu melalui proses permatangan. Jika kita gigih berusaha untuk menyumbang kepada kebaikan kita pasti dapat peluang itu. Malah tidak mustahil, dengan kesungguhan yang ikhlas serta faham akan membuahkan hasil yang mungkin dapat menyumbang lebih besar. Pupuklah rasa ingin menyumbang ke arah kebaikan, bina keyakinan diri, tanpa jemu berusaha kearah matlamat itu.

Bersyukur dengan apa yang kita miliki kerana mungkin kita berperanan untuk menyumbang dari dimensi yang berbeza.






18 May 2008

"Selamat Hari Ibu" buat Ummi yang amatku sayang ..

Kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Ilahi, kerana limpah dan kurniaNya diberikanku kesempatan untuk meneroka sesuatu yang bernilai di alam maya ini. Penghargaan buat ibu yang kusayangi, jasamu akan kukenang. Sedari 'primary oocyte', 'secondary oocyte', aku berhutang kepadanya. 'Follicle cell'nya terus giat menjana nutrien untukku bagi meneruskan tiga sigaran pertama. Bekalan nutrien tersebut telahku guna sebaik mungkin untuk meneruskan pengembaraan sepanjang perjalananku di 'oviduct'.TERIMA KASIH,UMMI.
Persediaan ibu menjadikan aku sentiasa dalam keadaan selesa. Ditebalnya dinding endometeriumnya untukku menempel. 'Corpus luteum' ibu tidak pernah jemu merembeskan estrogen dan progesteron untuk menebalkan tilam endometriumku. Kapilari darahnya kian bertambah agar aku cukup nutrient apabila menempel disana. 'Placenta' nya terus menyalurkan nutrien kepadaku secara resapan. Biarpun ketika itu ibu jua kekurangan makanan. TERIMA KASIH BANYAK, UMMI.
Pada masa yang sama 'placenta' turut merembeskan prolactin untuk persiapan kelenjar mamari. Walaupun ketika itu aku masih di dalam rahimnya. Begitu prihatin ibu terhadapku, dipersiapkan untukku segala keperluan pada masa akan datang. Kelenjar mamarinya bertambah dengan peningkatan yang agak mendadak. Setelah itu, aku mula menendang2 perut ibu. Apa salah ibu? aku seperti tidak ketahuan. Maafkanku, ummi. Namun setelahku dilahirkan, ibu tetap memberikanku susu yang mengandungi pelbagai nutrien dan antibodi sebagai penahan dari segala penyakit. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA, UMMI.
Ibu bersusah payah untukku selama lebih kurang sembilan bulan. Apakah aku tidak menyedari pengorbanan yang amat besar ini?
Ayah aku jua terhutang budi yang amat besar kepadamu, nuklues sperma yang kau sumabangkan menjadikan aku lahir dengan genetik 2n, diploid seperti sahabatku yang lain. TERIMA KASIH, AYAH.
Terima kasih tuhan yang Maha berkuasa atas segala-galanya, telahKau pinjamkan aku dua insan yang amat berjasa kepadaku. Rahmatilah hidup mereka dan panjangkanlah usia mereka dalam beribadah kepadaMu