19 April 2010

Cerekarama Pelangi Hitam ; iktibar buat wanita


“Melakarkan sebuah kisah seorang lelaki yang mana pada zaman kanak-kanaknya amat bahagia disamping keluarga, bergembira bersama kedua ibubapanya. Sebuah keluarga yang diimpikan kebanyakan kita. Namun, mentari tidak cerah sepanjang hari seperti mana dijangkakan, gerimis ditengahari meragut kebahagiaan yang dipinjamNya. Kematian keduaibubapanya sering terbayang difikiran, peristiwa hitam itu menjadikan dia cemburu dan berdendam dengan kebahagian orang sekeliling.
Kekejaman ini tidak dapat diterima sebagai suratan yang tertulis oleh Dia, Pentadbir sekalian a’lam. Iman yang lemah menjadikannya memperkosa wanita-wanita cantik meskipun tunangnya sendiri. Nafsu yang membuak-buak juga menjadikan fikirannya tidak waras sehingga kanak-kanak enam tahun diperkosa dan dibunuhnya, sungguh nafsu bila menguasai akal, beginilah akibatnya.”
Ringkasan cerekarama member iktibar kepada kita bahawa beriman kepada rukun iman yang ke-5 itu amat penting. Beriman kepada qada’ dan qadar. DIa penentu segalanya. Dia tidak akan menzalimi hambaNya kerana Dia menyayangi hambaNya lebih daripada seorang menyayangi anaknya. Maha berkuasa Dia atas segalanya.
Diuji iman manusia dengan dugaan di dunia sementara. Manusia sering mengaku beriman, bila diuji baru melatah tidak tentu pasal. Ketika diuji inilah sebenarnya iman seseorang akan bertambah. Ketika kita leka dan asyik dengan keseronokan sementara sehingga meninggalkan hakNya, itulah saat di mana iman kita berada pada tanggatercorot. Iman berkurang. Tidak mengapa, itulah manusia. Iman manusia normal akan bertambah dan berkurang. Dipaginya tinggi imannya, menjelang senja, berkurang pula. Selagi mana nyawa dibadan, selagi itulah kita bermujahadah.
Cerekarama ini turut memaparkan peranan wanita. Wanita yang dicipta Allah ini amat mempersonakan. Sebagai wanita anda boleh berbangga dengan anugerah ini. Namun tidak disalahgunakan. Wanita boleh menjadi seorang penggoda yang baik. Ciri-ciri ini amat penting untuk memikat hati suami.
Namun jika diperhatikan watak, Masyitah, seorang wanita yang berkelulusan tinggi daripada universiti luar negara, datang ke ibu kota untuk mencari dengan niat yang ikhlas untuk membantu keluarga. Apa yang dicita hamper tercapai, namun kalah dek hasutan nafsu, dia keluar bersama majikan yang bernafsu binatang berdua-duaan sehinggalah terjadi tragedy hitam yang meragut nyawanya sendiri. Seandainya, Masyitah meneladani perwatakan MASYITAH pada zaman nabi, yang kuat imannya sehingga nyawa menjadi taruhan, pasti dia tidak menjadi mangsa pembunuhan tersebut. Wanita sememangnya cantik dan mempersonakan. Mengapa? Kerana wanita diciptakan sedemikian, perhiasan dunia yang sungguh indah. Menjadi penguji kepada iman si lelaki yang memandang. Juga menjadi penguji iman wanita sebagai perhiasan duniawi. Wanita yang memilih untuk menjadi perhiasan tercantik dan terindah adalah wanita yang memakaikan pada badannya dengan akhlak yang mulia. Dibibirnya, terdapat lipstick tutur kata yang indah dan menjadi ‘asbabul hidayah’ bagi pendengarnya. Dimatanya ada sinar harapan yang menguatkan si lelaki untuk menjaga iman mereka.
Wahai wanita, aku menyeru kalian dan ruhku sendiri agar mendengar perintahNya yang menyelamatkan kita dari segala mara bahaya. Jika ditegah DIA agar tidak berbuat sesuatu, maka turutilah, kerana terlebih mengetahui setiap sesuatu yang terbaik untuk hambaNya. Meskipun kita telah dipinang, itu bukanlah tiket untuk bersama seperti sepasang suami isteri. Ampunkanlah segala dosaku, wahai kekasih hatiku, janganlah kau biarkan diriku mendustai cinta teragung.
Di pengakhiran cerekarama ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa, keegoan seorang lelaki, kekerasan hati seorang lelaki dapat dilembutkan dengan pujuk rayu seorang perempuan yang dicintainya. Buka mata dan lihatlah wahai kaum hawa, peranan wanita tidak boleh dikesampingkan. Sekeras-keras hati lelaki, ia boleh beralah dengan kata-kata yang tulus ikhlas dari pasangannya.
Tepuklah dada, tanyalah iman. Andai memilih untuk menjadi penggoda, kau akan beroleh apa yang dihajati kerana sememang kau diciptakan dengan penuh kecantikan. Jika memilih untuk bermujahad, kau pasti menjadi permata gemilang kebanggaan para suami bahkan dicintai DIA, Maha Pengasih dan Penyayang yang menciptakan kita dengan segala kecantikan. Ameen.

No comments: