01 October 2009

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul


Dengan nama Allah, aku mulakan bicara..

Setiap kali memulakan pekerjaan, harus dimulakan dengan nama Allah supaya dinilai perkara tersebut sebagai ibadah. Jika merasakan Bismillahirrahmanirraim itu terlalu panjang, cukuplah sekadar Bismillah (pemalas tahap apa tak tau la). Daripada meninggalkan perkara murni ini , lebih baik menyebutnya walaupun pendek. Ada pendapat menyatakan "melintaskan" dalam hati sudah memadai. Ya, setuju dengan pendapat tersebut. Pertama, boleh mengelakkan timbulnya perasaan riak atau mungkin u'jub (Budget bagus!). Hujah kedua? belum dapat hidayah lagi.

Ada pendapat lagi, menyebut atau melafazkan dengan jelas sehingga didengari rakan berhampiran, boleh dijadikan method dakwah. Cuba kita bayangkan, jika kita berkerja secara berkumpulan. Jika melafazkan kalimah mulia ini pada setiap kali memulakan pekerjaan, kawan sebelah yang "excited" hendak melakuka kerja sehingga tidak ingat dunia akan tersentak, dan mungkin turut sama melafazkannya (senyum pada kawan tersebut sebagai suntikan semangat atas improvement yang dilakukan). Perlu diingatkan juga, mungkin respon yang negatif diterima, sebagai contoh diperli dikhalayak ramai. "Budget a'lim la tu!" Tenangkan hati. Sekarang aku mungkin sedang "budget" tapi dengan usaha penambahan ilmu yang konsisten mungkin aku berjaya mencapai tahap tu. Kadang-kadang, perlu juga untuk diabaikan apa kata orang.

Masyarakat ini pelik. Perkara yang biasa, selalu dianggap betul. Memetik kata-kata Dr Fadzilah Kamsah, "Tidak semua perkara yang biasa dilakukan adalah betul. Kita sering berfikir apa yang normal pada masyarakat itu betul". Kita sewajarnya membetulkan perkara yang biasa dan membiasakan perkara yang betul. Teringat pesan Datuk, jika kita selalu melakukan sesuatu, kita sebenarnya suka melakukannya. Apa yang kita selalu lakukan akan menjadi tabiat, tabiat untuk akan menjadi budaya jika diterjemahkan dalam masyarakat. Cuba perhatikan apa yang sering kita lakukan setiap hari, kadang-kadang kita tidak perasan kerana minat yang mendalam akan menjadikan kita asyik melakukannya tanpa rasa terbeban.

Manusia amat cenderung kepada keseronokan. Jalan yang sempit yang membawa kepada kehidupan, sedikit orang yang melalui jalan yang sempit. Jalan yang luas yang membawa kepada kehancuran, ramai orang yang melalui jalan luas itu.

Andai berhubungan itu yang normal tetapi tidak betul. Kita sama-sama betulkan dan biasakan apa yang betul, sewajarnya kita lakukan. Nikmatilah melakukan perkara yang baik itu sepertimana manisnya kita melakukan perkara yang tidak betul walaupun pahit. Bermujahadah.

Jujurlah pada diri, jika perkara biasa yang kita lakukan itu sebenarnya tidak betul, perbetulkanlah. Seandainya perkara yang betul itu jarang sekali kita lakukan, biasakanlah diri untuk mengamalkannya. Sehingga suatu tahap amalan tersebut menjadi tabiat.

Memang sukar untuk meninggalkan apa yang biasa, but "there is always a room for improvement". Faktor rakan sekeliling juga penting dalam usaha melakukan perubahan. "Maaf kawan, jika apa yang aku lakukan ini, sukar diterima. Aku ingin berubah kearah kebaikan"

Usaha berterusan yang juga dianggap senjata bagi orang mukmin adalah "doa". Aku amat taksub pada amalan berdoa, amalan yang sunat tetapi seolah-olah wajib, menunjukkan kebergantungan kita kepadaNya. Dalam pada yang sama kita perlu berusaha. Jangan pula berdoa sehingga abaikan sunnatullah. Man jadda wa jadda. Menurut pendapat Dr HM Tuah dalam buku karangan beliau yang bertajuk "Membina Imaginasi Cemerlang", kita perlu aktifkan minda separa sedar supaya minda sedar kita bekerja dengan efektif. Dan saya berpendapat berdoa juga sebenarnya satu cara dimana kita boleh mengaktifkan minda separa sedar dengan tujuan, matlamat, target yang kita ingin kecapi. Ketika berdoa juga kita boleh membetulkan niat.

Perbaharui niat dan perbetulkan niat agar esok kita tidak kekesalan. Biar susah sedikit kerana tuhan, untuk menghindar kesusahan ang besar, yang tidak sanggup ditanggung badan. Ambillah iktibar kalau mahu sedar.

DOA. Apa yang kita sebut dan apa yang kita tuturkan adalahdoa. Jika kita mempunyai diari, apa yang kita tulis itu juga doa. Malah, apa yang kita fikir itu juga doa.

*Aku menulis blog, aku membaca blogku berulang-ulang kali (bunyi macam perasan, sebab "syok" dengan blog sendiri) dengan niat apa yang aku tulis dan apa yang aku baca juga adalah doa. Oleh itu, menulis dan bacalah dengan nama Tuhanmu.

Setelah selesai suatu kerja? Sebutlah, yey!..ini kebiasaannya..Perlu dibetulkan, sebutlah "Alhamdulillah". Terjatuh barang? sebutlah, "Innalillah". Melihat kebesaran Allah? ucapkanlah "Subhanallah". Ar-rahim-nya Allah mengurniakan pahala percuma. Sombongkah kita untuk menyebut nama Allah? Atau segan, takut diperli sebagai a'lim? Biasakanlah amalan itu jika merasakan ia betul.

Saya mulakan dengan diri saya dengan apa yang saya sampaikan. Saya sudahi "leteran" ini dengan Alhamdulillah dan mendoakan kalian dengan ucapan peng"erat" silaturrahim, "Assalamualaikum" (semoga istiqamah).

~~~ikhlaskan hati insan yang ingin berubah, ya Allah~~~



No comments: