19 October 2009

Kalau ada jodoh tak kemana..;-)

Alhamdulillah..aku amat gembira pada hari ini..Assalamualaikum semua!

Semester 1 Tahun 3

Aku menghadapi kesulitan mencari pengganti penceramah untuk majlis penutupan sebuah festival. Aku dicadangkan oleh seorang rakan supaya menghubungi seorang pensyarah di jabatan al-Qur'an dan Hadis. Aku menghantar sms kepada pensyarah tersebut untuk menyatakan hasratku. Tiada respon diterima. Aku mula menghubunginya melalui panggilan telefon juga tidak dijawab. Mungkin kesibukannya menjadikan beliau tidak ada masa untukku. Aku kesedihan.

Semester 2 Tahun 3

Aku di bilik Penasihat Akademikku. Aku ke bilik PA untuk tujuan projek tahun akhirku. Dalam masa menunggu PA di biliknya, seorang seniorku yang juga pelajar Masters PA merungut kerana tidak dapat menghubungi co-supervisor yang dihambat kesibukan. Kakak seniorku mengadu kepada PA kerana tidak berpeluang berjumpa dengan co-supervisornya. PA sarankan supaya menghubungi telefon bimbit co-supervisor tersebut. Terdengar nama beliau, aku teringat yang aku pernah menyimpan nombor telefon bimbit pensyarah yang sibuk itu. Aku terus menerpa memberitahu bahawa aku ada menyimpan nombor telefon bimbit pensyarah tersebut.

Semester 1 tahun 4 ?

Alhamdulillah, aku telah menemuinya. Beliau amat tawadhuk. Kehadiranku disambut dengan penuh hormat. Sapaan salamku dijawab dengan senyuman. Beliau menerang dengan penuh berhemat. Wajahnya amat bersih. Penerangannya mudah untukku fahami. Kepulanganku tidak dengan tangan kosong. Aku dihadiahkan sebuah buku karangannya. Aku amat bertuah. Terima kasih, Prof..

~~~Harus untukku dekati ulamak di UM~~~

No comments: