24 October 2009

Tiru perkara baik ja..;-)






Siapa tiru siapa ni? putihnya gigi Dr ni..;-)


Assalamualaikum..

Kisah silam itu sejarah. Sejarah lampau menjadikan kita lebih menghargai hakikat kejadian hidup. Sejarah boleh dijadikan iktibar. Segala pengalaman-pengalaman hidup menjadikan kita lebih matang. Bagaimanakah ia boleh berperanan sedemikian? Semasa jahil, sebelum mengetahui sesuatu, kita pasti melakukan banyak kesalahan. Kesalahan yang sama diulang itu dikatakan satu kesilapan. Itulah bezanya kesalahan dan kesilapan. Kesilapan selalunya dilakukan tanpa disedari, namun sebenarnya kita mengetahui bahawa tindakan tersebut adalah salah.

Pengalaman guru sebuah kehidupan. Kita boleh belajar melalui pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Kita selalu berbangga dengan pengetahuan yang kita peroleh. Tercatat di transkrip bahawa pelajar ini telah mengambil subjek sekian-sekian. Sijil penghargaan menyertai latihan profesional dan banyak lagi. Orang berpengalaman sudah pasti berpengetahuan kerana dia mengamalkan ilmu pengetahuan tersebut sehingga beroleh pengalaman berkaitan ilmu itu. Manakala orang yang berpengetahuan pula masih pada peringkat permulaan, dia perlu bergerak selangkah untuk mengeksperimentasikan pengetahuannya agar dia tahu apakah fungsi ilmu pengetahuannya itu. Manusia akan mengetahui kepentingan ilmu pengetahuan apabila dipraktikkan.

'Life is too short to make a lots of mistakes' kata seorang pensyarah kesayanganku. Bagaimana cara mengatasinya? Kita belajar daripada kesalahan orang lain. Sudah pasti kita akan lebih berwaspada. Bertanyakan pengalaman orang yang berjaya bukan untuk membuka a'ibnya. Kita niatkan untuk belajar sesuatu yang baik dari pengalaman hidupnya. Meniru perkara yang baik itu menguntungkan.

Aku sering merasa kerdil untuk menjadi penasihat kerana sejarah hidupku tidak gemilang apa lagi terbilang. Namun aku terus berkongsi pengalamanku untuk disempadani. Sirahku bukan sirah nabawi. Sirah nabawi untuk dicontohi tetapi sirahku adalah untuk disempadani.

'Jangan buat seperti ini, akibatnya akan jadi begini..' dalam aku berkongsi, di hatiku sayu kekesalan...moga perjalanan hidupku memberi pedoman kepada mereka yang terkemudian kerana mereka masih mempunyai masa untuk mengelak... Kata p.langku, tidak mengapa jika tidak nasihat, tapi bagi pandangan. Aku terus bersemangat untuk berkongsi.

My lecturer said,' When life gives lemon, make lemonade'. Jangan berputus asa. Kerana katanya lagi,' everything must fall on its place'.

Pesanan nendaku lagi, bersabarlah. Lihat sahaja sirah nabi ayub, sehingga malaikat turut mengagumi baginda. Nabi Yusuf juga penyabar. Nabi Muhammad apatah lagi. Nabi-nabi mendapat gelaran ulul azmi juga berkat kesabaran.

~~~Aku yang sering bertanya pendapat dan belajar dari pengalaman orang-orang sebelum~~~




No comments: