27 October 2009

Explorace Kehidupan

"Mula-mula kita perlu cari tangga, pastu cari tempat 'parking'." kata seorang rakan sambil melihat peta. "Mana tangganya? Inikah? Curamnya," keluh sahabat berjalan bersama. Setelah berpenat lelah mendaki bukit tersebut, mereka mencari tempat "parking". Namun tiada berjumpa, yang ada hanya tangga turun pula. Dituruti sahaja kata hati menuruni tangga tersebut. Terlintas difikiran, apa yang sedang berlaku adalah sia-sia. Tidak mengapa kerana mereka tetap bergerak menandakan mereka sedang berusaha. Bertanya salah seorang rakan, "Dimanakah kita sekarang?" Tertera di bagunan Fakulti Alam Bina. Melihat keadaan sekeliling. Sahihlah mereka telah tersalah jalan. Berbekalkan ilmu yang sekelumit. Mereka mencari jalan keluar biarpun menyedari bahawa jalan menuju ke destinasi itu amat jauh. Tidak mengapa terus berusaha kerana tidak akan rugi bagi mereka yang berusaha. Diteruskan perjalanan untuk mengeluarkan diri mereka daripada lokasi tersebut. Setelah berjaya keluar, mereka menuruti jalan biasa. Jalan kebanyakan orang untuk ke sana. Ketika itulah mereka mengiakan kata guru bahawa tiada jalan pintas dalam mencapai kejayaan yang diidamkan. Kedua-dua mereka terus berusaha menuju jalan yang sukar, jalan yang tidak dihamparkan dengan kapet merah, yang ada hanyalah onak duri yang sedia untuk menusuk masuk ke telapak kaki sekaligus menjatuhkan semangat jiwa anak muda yang ingin mencipta sejarah gemilang dalam hidup mereka. Kedua-duanya melalui jalan berliku dengan penuh berhati sehinggalah terlihat dari jauh sinar-sinar kejayaan mengintai menyambut ketibaan para penuntut kejayaan. Mereka terus menguatkan azam, tekad meneruskan perjalanan. Setibanya dipintu kejayaan, gementar untuk terus melangkah. Bagai pecutan terakhir pelari pecut menghampiri garisan penamat.


Setelah bertemu kejayaan, terleka pula mereka akan makna syukur. Inilah manusia yang sering alpa apabila diuji dengan kenikmatan. Kejayaan adalah perkara semulajadi bagi mereka yang usaha. Ia menjadi satu kehairanan jika berusaha tetapi gagal. Adakah betul cara usahanya?


Ibarat roda, kehidupan berputar dengan fitrahnya. Daripada kedudukan di atas turun kebawah dan sebaliknya. Manusia yang tua juga terkadang berkelakuan seperti bayi. Itulah uniknya kehidupan yang diciptakan. "Hidup ibarat roda" satu ungkapan yang boleh membangkitkan semangat kerna kejayaan itu bukanlah suatu perkara yang kekal danbegitu jua dengan kegagalan.


Menasihati diri sendiri agar tidak lupa daratan apabila berada di atas dan gigih, cekal serta tabah apabila berada di bawah.


~~~aku dipertengahan~~~





No comments: