10 October 2009

Pilihanku


Kisah 1 : Perkahwinan

Ada seorang perempuan dilamar oleh dua jejaka, Si A dan Si B (macam xbest ja nama ni, nak bg nama lain la).. Suhaimi dan Naimi (ermm..baru best!)...Naimi telah menjadi pilihan keluarga si perempuan kerana tahap kehidupannya yang telah stabil. Perempuan tersebut keliru dan melakukan solat istikhorah dan mendapat petanda bahawa jodohnya adalah bersama Suhaimi..

Istikhorah bukan sahaja membantu kita membuat keputusan untuk memilih antara pilihan yang baik tetapi juga membantu kita yakin dengan pilihan atau keputusan yang bakal diambil..Pihak keluarga si perempuan ini kurang gembira dengan pilihan anaknya, tetapi diterima jua kerana itulah jawapan istikhorahnya. Pada pertemuan keluarga dengan Naimi bagi memberitahu jawapan anak mereka, Naimi memberitahu bahawa dirinya telah beristeri dan mencari calon isteri kedua. Inilah hikmah istikhorah, tergerak hati si pemuda untuk memberitahu niat sebenarnya (mungkin jarang sekali dapat ditemui pemuda sejujur ini di zaman global ni..;-p )..


Kisah 2 : Rukun Islam ke-5

Zul amirul dan Munir (bukan nama sebenar) berkawan baik. Zul amirul membantu Munir mendapatkan pekerjaan di salah sebuah syarikat gergasi di ibu kota. Selang beberapa tahun, Munir menawarkan Zul amirul untuk membelanjakan wang simpanan hasil kerjanya menunaikan haji. Munir menawarkan dengan penuh rasa ikhlas sebagai membalas budi sahabat baiknya. Munir melakukan istikhorah untuk menerima tawaran Zul amirul atau tidak. Menerusi istikhorahnya, Zul amirul mendapat petanda bahawa dia perlu menolak tawaran tersebut.

Pada pandangan manusia biasa, kita akan pelik, mengapa tawaran menunaikan haji itu perlu ditolak? Akhirnya, barulah terjawab, wang simpanan Munir tersebut disimpan didalam akaun simpanan konvensional yang terhimpun bersamanya riba'. Inilah hikmah istikhorah.

Kisah 3 : (hanya untuk mereka yang hadir ke forum "Siapa dalam istikhorahku?"...;-p )


Istikhorah adalah cara untuk kita memilih antara pilihan-pilihan yang baik, bukan untuk memilih antara perkara yang buruk atau perkara yang baik. Contohnya, tidak perlulah istikhorah untuk memilih untuk ke kelas atau tidak..;-)

Istikhorah adalah usaha, setelah berusaha bertawakkal lah, itu yang terbaik. Percaya bahawa Allah maha kuasa 100%. Hak manusia adalah berusaha, semakin kuat kita berikhtiar semakin tinggi nilai kejayaan yang bakal kita peroleh. Kapasiti yang Allah bagi untuk kita amat besar. Berusaha dengan kapasiti yang Allah beri kepada kita.

Yakin Allah maha kuasa, qudrat, iradat dan beriman dengan qada' dan qadar. Segigih manapun kita berusaha, kita perlu beriman pada qada' dan qadar. Disinilah takdir masuk campur dalam urusan manusia (perkara baik, tidak semesti baik untuk kita dan sebaliknya).

Dalam kapasiti kita boleh berkemahuan, berusaha dan tidak boleh menyerah bulat-bulat sebelum berusaha bersungguh-sungguh.

Kita sering kaitkan istikhorah dengan perkahwinan, ketahuilah bahawa istikhorah lebih daripada itu. Persediaan untuk berkeluarga :

1. Kematangan jasmani
2. Kematangan emosi
3. Kematangan kewangan

" Setiap nyawa yang hidup, Allah menjanjikan rezeki"


*wajibkah mengikut petanda istikhorah?


~~~amalkan ayat seribu dinar~~~

No comments: