15 September 2009

'Aqabah kedua= 'Aqabah Taubat


Salam pertemuan wahai penuntut ibadat!

2 perkara yang mewajibkan taubat:
1- supaya mendapat taufik untuk mengerjakan dengan taat
2- supaya ibadat diterima Allah

1-MENDAPAT KETAATAN

kesialan dosa2 mempesakai halangan mendapatkan kebajikan dan mengakibatkan kehinaan. belenggu dosa menghalang untuk taat dan bersegera berkhidmat kepada Allah. berkekalan melakukan dosa akan menghitamkan hati. Maka hati berada dalam kegelapan, keras, tidak bersih dan tidak merasai kelazatan, kemanisan dalam mengerjakan ibadah.

Bagaimana orang yang berada dalam kesialan dosa dan kekerasan hati akan mendapat taufik untuk taat? Bagaimana orang berlumuran dengan najis-najis menghampirkan diri untuk bermunajat?

Apabila berdusta seseorang hamba dua malaikat menjauhkan diri daripadanya kerana busuk apa yang keluar daripada mulutnya.

Maka bagaimana lidah berdusta layak berzikir kepada Allah? Orang yang berterusan melakukan maksiat tidak mendapat taufik dan anggota tubuhnya tidak ringan untuk beribadat kepada Allah. Jika kebetulan melakukan ibadah, maka dia mengerjakan dengan kepayahan, tiada sertanya kemanisan beribadat. Kesemuanya kerana kesialan dosa dan kesan meninggalkan taubat.

2-IBADAH DITERIMA

Taubat diibaratkan seperti hutang manakala ibadah adalah hadiah. Hutang wajib dibayar. Seandainya hutang yang wajib dibayar tidak dilangsai, maka sudah pasti tuan empunya hutang tidak akan menerima hadiah. Beribadah tanpa taubat sudah tentu ibadah akan ditolak.

Oleh itu, aku wajib bertaubat kerana bertaubat daripada segala maksiat dan memohon keredhaan musuh adalah kefardhuan yang mesti, sedangkan kebaikan ibadat yang dilakukan secara sukarela itu hanya sunat sahaja.

Bagaimana diterima ibadah sukarela sedangkan hutang tunai yang wajib tak dibayar? Bagaimana meninggalkan yang halal dan mengekalkan yang haram? Dan bagaimana aku bermunajat dan berdoa serta memuji Allah, sedangkan DIA murkakan aku?

Apa makna taubat nasuha? Taubat nasuha itu merupakan satu daripada kerja-kerja hati, dan menurut kata ulamak r.a:"ialah membersihkan diri daripada dosa".

bahawasanya taubat itu ialah meninggalkan dengan ikhtiar daripada melakukan dosa yang kedudukannya sama. Dosa ditinggalkan kerana membesarkan Allah dan kerana memeliharakan dirinya daripada kemurkaanNya.

4 syarat taubat:

1-meninggalkan dosa dengan ikhtiar
2-bertaubat daripada dosa



No comments: