31 August 2009
26 August 2009
IBADAT SYARAK DAN IBADAT BATIN adalah FARDHU
Kemudian, wajib mengetahui apa yang mewajibkan aku mengejarkannya daripada kewajipan-kewajipan syarak agar dapat dilaksanakan dengan betul. juga wajib mengetahui apa yang larangan-laranganNya agar dapat meninggalkannya.
Ibadat-ibadat syarak seperti bersuci, sembahyang, puasa dll. Dengan berilmu, aku dapat menyelesaikan kemusykilan2 tentang ibadat.
Ilmu turut merangkumi ibadat2 batin yang merupakan kerja hati yang wajib aku ketahui daripada tawakal dan penyerahan diri (kpd Allah) serta redha (dgn qadak dan qadarnya) disamping sabar, taubat ikhlas dll. Segala larangan adalah merupakan lawan kepada suruhan seperti marah, cita2 kosong, riak dan sombong.
Ibadat batin ini merupakan fardhu dan larangan dengan lawannya dikhabarkan melalui firman dan lidah nabi s.a.w.
"Dan bersyukurlah kamu kepada Allah, jika kamu (benar-benar) hanya kepadaNya sahaja kamu beribadat" (Baqarah: 172)
"Dan bersabarlah kamu, dan tiadalah kesabaranmu melainkan dengan (pertolongan) Allah." (An-Nahl:127)
"Dan hendaklah kamu putuskan (ibadatmu) kepadaNya(semata-mata) sebagai putus(yang sebenar-benarnya tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu yang lain) yakni hendaklah kamu benar-benar ikhlas terhadap Allah." (Al-Muzammil:8)
25 August 2009
AQABAH PERTAMA = AQABAH ILMU
Pertama : 'Aqabah Ilmu
Kedua : 'Aqabah taubat
Ketiga : 'Aqabah Penghalang
Keempat : 'Aqabah Kedatangan Gangguan Rintangan
Kelima : 'Aqabah Pendorong
Keenam : 'Aqabah Perosak
Ketujuh : 'Aqabah Puji dan Syukur
Awal-awal yang wajib ke atas kita adalah berilmu. Ilmu adalah paksi ibadat.
Firman di atas menjadi dalil kemuliaan ilmu, terutamanya ilmu tauhid. Manakala firman di bawah menjadi dalil kemuliaan ibadat.
Setelah mengetahui kepentingan kedua-dua elemen ini, maka ketahui (dan yakinlah) bahawa ilmu itu adalah paling mulia dan paling utama daripada dua permata tadi, kerana nabi pernah bersabda yang bermaksud:
Dan sabda nabi menambah lagi:
Dan nabi bersabda lagi:
Ternyatalah bahawasanya ilmu itu terlebih mulia daripada ibadat, akan tetapi seorang hamba yang berilmu tidak beribadat, ilmunya itu ibarat debu yang bertaburan. Ilmu ibarat pokok manakala ibadat adalah buahnya. Hasan Basri berkata:
Ilmu itu akar umbi dan petunjuk jalan ibadat. Nabi bersabda:
"Ilmu itu imam amal, sedangkan amal itu menjadi pengikutnya (makmumnya)."
2 FAKTOR ILMU LEBIH PENTING DARIPADA IBADAT
Pertama : Supaya ibadat yang sebenar lagi sah dapat dilaksanakan serta terselamat daripada cacat cedera.
GUNUNG TUJUH
Nama sebenar beliau adalah Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali al-Tousi. Dikenali dengan panggilan al-Ghazali bersempena tempat kelahirannya di Ghazalah di pinggir bandar Tous di wilayah Khurasan di Farsi (Iran). Selain itu, panggilan ini juga dinisbahkan kepada bapanya seorang tukang tenun kain bulu yang dalam bahasa Arabnya dikatakan al-Ghazal.
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya Teka-Teki :
Imam Al-Ghazali : “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 : “Orang tua”
Murid 2 : “Guru”
Murid 3 : “Teman”
Murid 4 : “Kaum Kerabat”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran:185).
Imam Ghazali : “Apa yang paling jauh dengan kita di dunia ini ?”
Murid 1 : “Negeri Cina”
Murid 2 : “Bulan”
Murid 3 : “Matahari”
Murid 4 : “Bintang-bintang”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.
Imam Ghazali : “Apa yang paling besar di dunia ini ?”
Murid 1 : “Gunung”
Murid 2 : “Matahari”
Murid 3 : “Bumi”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al-A’raf : 179). Maka kita harus hati2 dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa kita ke neraka. (Na’udzu billaahi min zaalikh).
Imam Ghazali : “Apa yang paling berat di dunia ini ?”
Murid 1 : “Baja”
Murid 2 : “Besi”
Murid 3 : “Gajah”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang pali berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah : Al-Ahzab : 72). Tumbuh2an, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah Swt meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini, tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah Swt sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah”.
Imam Ghazali : “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 “Kapas”
Murid 2 “Angin”
Murid 3 “Debu”
Murid 4 “Daun-daun”
Imam Ghazali : “Semua jawaban itu benar, tetapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SHOLAT. Gara2 pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan sholat”.
Imam Ghazali : “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ?”
Murid-murid dengan serentak menjawab : “Pedang”
Imam Ghazali : “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri”.
24 August 2009
Kain PUTIH (II)
'Kakak, boleh adik balik sekarang?", tanya seorang adik kepadaku setelah selesai menunaikan lapan rakaat solat sunat tarawih. Aku berfikir sejenak sebelum menjawab soalan anak kecil ini. Akhirnya aku menjawab, "Nak balik boleh, kalau nak terus solat pun boleh." Aku membiarkan kanak-kanak ini membuat keputusannya sendiri agar tidak merasa beban untuk datang solat sunat pada keesokkan malamnya. Walaupun jauh disudut hatiku ingin mengajaknya bersama menunaikan solat sunat witir.
23 August 2009
Kain PUTIH
Alhamdulillah bersyukur tidak terhingga dapat bertemu Ramadhan buat kali ke 22... Apakah aku benar mensyukuri nikmat ini atau tidak? Engkau berikan aku peluang buat kali ke 22 untukku memohon ampun.. Ya Allah, andai manusia...pasti sudah jemu dengan permohonan aku ... tetapi aku yakin Engkau tidak seperti manusia.. Maha Suci Engkau dari sifat tercela...
Tatkala aku memandang mereka, aku terasa sgt cemburu... mereka ibarat kain putih...tiada noda...Bagaimanakah caranya untukku kembali menjadi kanak2? beruntungnya orang kafir, jika memeluk ISLAM, mereka juga seperti kanak-kanak yang baru dilahirkan tanpa dosa.. Apakah aku perlu keluar Islam dan menganut semula ISLAM? eh, mana mungkin, jika aku murtad pasti aku akan dihukum bunuh kerana mempersendakan ISLAM.. Erm, teringat peristiwa tingkatan 5, rakan-rakanku bertanya.. kamu merancang untuk masuk matrikulasi atau masuk U terus?.. aku menjawab dengan nada seloka, buat apa masuk 'Uterus'? dah keluar dari Uterus nak masuk balik..hehe..mustahil untukku memutar roda masa agar dapat aku menjelma semula sebagai ovum dan sperma..
Ya Allah, betapa hebatnya Engkau..Kau beri peluang untukku mencapai "level" kanak-kanak dengan mengurniakanku Ramadhan buat kali ke 22...
Aku bersyukur kpdmu, Ya Allah pada lisanku...aku pohon Ya Allah agar syukurku dapat diterjemahkan dalam amal ibadahku agar aku berpeluang untuk menerima anugerah Ramadhan ke-50..amin
Ikhlaskan hatiku, Ya Allah...aku ingin menjadi semut hitam yang memakai pakaian halimunan..