05 January 2010

Setiap perubahan yang baik mesti dipaksa dan rasa derita dalam berubah tanda ia berada dalam jalan yang benar.



(Hanya yang faham bahasa Indonesia sahaja faham penulisan ini...;))


Sebelum datangnya saat ini...

Jangan sampai bertangguh dalam perubahan sehingga datang keterpaksaan, kerana apabila perubahan dipimpin oleh keterpaksaan dan kesusahan, ia sama ada sudah terlewat atau hasilnya kerap tidak tulen dan dipenuhi cacat celanya.


Assalamualaikum...(masih layakkah untuk mengucapkan kalimah ini?)

SEPERTIGA. Bagi para abid, mungkin apa yang terlintas difikirannya adalah sepertiga malam. Bagi ahli geologi? mungkin sepertiga dunia adalah daratan. Manakala, bagi ahli biologi, tergambar dibenak fikirannya adalah komposisi badan yang terdiri daripada sepertiga air, sepertiga udara dan sepertiga lagi adalah makanan.

oleh hal yang demikian, untuk menjadikan pemikiran kita selari, saya ingin fokuskan perbincangan ini kepada usia. mengapa spertiga dikaitkan dengan USIA?

Statistik menunjukkan jangka hayat wanita di Malaysia adalah 75 tahun, manakala bagi lelaki adalah 70 tahun. Jangan ditanya mengapa lelaki lebih cepat meninggal, bakal mencapahkan isu atau menyebabkan isi perbincangan terpesong.

Sebelum saya mulakan perjalanan, mari kita berkira-kira (mengasah kepakaran matematik tambahan anda..hehe). Umum menerima bahawa sehari terdiri daripada 24 jam. Anda setuju? Seandainya,kita tidur selama lapan jam, bermaksud, sepertiga daripada sehari kita adalah tidur. Sekarang, kita luaskan skop perbincangan kepada usia seorang manusia normal, sebelum ini saya ada menunjukkan statistik jangka hayat di Malaysia yang saya sendiri tidak begitu yakin untuk menerimanya kerana jika dilihat pada sirah nabi. Nabi Muhammad wafat ketika berusia 60-an. Kemungkian besar jangka hayat saya atau kita (jika kita bersependapat) adalah pada lingkungan 60-an. Oleh itu, bagi para remaja (lewat) atau awal belia yang berusia pada lingkungan 20-an bermaksud anda telah meniti usia hampir sepertiga daripadanya. Apakah yang telah saya lakukan untuk sepertiga yang lalu? menangis lima minit tanda penyesalan dan terus mara kehadapan (kata senior yang tabah). Menyesal dan tidak mengulangi kesalahan lalu.

Masalah boleh membawa kematian. Masalah sememang diciptakan untuk menjadikan hidup kita bewarna-warni. Berbahagialah dengan masalah anda(positifnya..hehe). kajian juga menunjukkan tahap kesihatan semakin terancam dengan wujudnya pelbagai penyakit berjangkit, gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat. kadar kemalangan jalan raya juga bertambah (berhati-hati bagi mereka yang baru mengambil lesen memandu..hehe). Apa jua kemungkinan akan berlaku, yang mungkin berada diluar jangkaan kita.

Sebelum terlambat, selamatkan dua per tiga sisa hidup yang berbaki. Tidak mengapa permulaannya tidak baik, yang pentingnya, pengakhiran kita dengan kalimah syahadah.

Seandainya, UPSR hanya 4A, usah gusar masih ada peluang PMR. Jika PMR masih kecundang, kita masih ada SPM. SPM juga tidak memberansangkan? Peringkat Matrikulasi, pulun mengejar cita-cita dan pengakhiran yang baik di peringkat universiti. TAHNIAH, bagi yang berusaha. Jika gagal diperingkat pelajaran, tingkatkan prestasi di bidang kerjaya. Gagal didunia, masih selamat. Gagal diakhirat? Peliharakanlah kami. Ya Allah

Setiap perubahan yang baik mesti dipaksa dan rasa derita dalam berubah tanda ia berada dalam jalan yang benar


Biar susah sedikit kerana TUHAN, untuk menghindar kesusahan yang besar yang tidak sanggup ditanggung badan.


~~~NEKAD_azam_accompanied by desired behavioural change~~~

No comments: