29 December 2009

Tebarkanlah salam














" Tebarkanlah salam antara kita walau dimana sahaja.. walau di mana jua.. mengapa rasa malu untuk mengucapkan salam? Adakah cara yang lain lebih baik darinya? oleh itu yakinlah salam yang lebih utama" lirik lagu yang berunsur nasihat ini sentiasa segar di ingatan walaupun telah berkurun lamanya ia diciptakan.

"Salam Sejahtera, Miss.. Selamat pagi, Miss.."tidak mengapa lagi masih membawa maksud..Morning, Miss..Morning...Afternoon, Miss..Apa? pagi..petang.. Saya juga sedia maklum sekarang waktu pagi. Seolah-olah tidak tahu membezakan pagi dan petang..

Apa akan berlaku sekiranya ucapan selamat itu ditukarkan kepada ucapan salam? Wah, bestnya seandainya ucapan salam itu emas, setiap kali ucapan salam itu dilafazkan 1 ketul emas akan dihadiahkan. Sudah tentu ramai yang akan menjadi kaya raya. namun begitu, kemungkinan lain, nilai emas akan berkurangan atau tidak lagi bernilai, Mengapa? kerana emas amat bernilai pada mata manusia kerana ia amat sukar diperolehi. Sesuatu yang sukar diperolehi akan dihargai. Mungkin sebab itu jualah, nilai salam dan ucapan doa kita kepada insan lain ini tidak setanding emas yang menjadi pujaan ramai wanita. sudah tentu nilai ucapan salam lebih bernilai daripada itu.

Sudah akur dengan ucapan salam itu indah, mengakui ia amat berharga dan mengetahui fadhilahnya. Maka, kufurlah mereka yang tidak menyebarkan salam. Wah, sungguh menusuk kalbu pernyataan ini! mengapa? Sehingga kufurkah?

Sukarkah untuk menyebarkan salam? Nampak mudah untuk diamalkan. Hanya ucapan salam. ASSALAMUALAIKUM...rajin lagi, ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH...jika lebih rajin, ucapkanlah ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...30 pahala telah di topup ke dalam akaun anda..=)


Ucapan mudah, perlaksanaannya susah. Mengapa? kerana ia berkait dengan status, kedudukan, pangkat, jawatan atau kekayaan? seandainya seorang guru berselisih dengan seorang pelajar, adakah salah jika guru tersebut memberi salam terlebih dahulu kepada muridnya? tergugatkah maruah seorang guru jika memberi salam kepada pelajarnya? Atau pelajar hilang atau kurang hormat jika guru yang memeberi salam kepadanya? Pada pendapat saya, pelajar akan lebih menghormati guru yang sebegini. Dia bukan sahaja mengajar pelajar ilmu yang bermanfaat malah mendidik pelajarnya berakhlak mulia.


Si kaya rasa jijik untuk mengucapkan salam kepada si miskin? Apa yang boleh dibanggakan dengan harta yang di dunia lagi telah terbukti tidak boleh dibawa mati. Mungkin boleh ditanam bersama bagi sesetengah agama yang sudah pasti bukan ISLAM yang mulia.

Oleh itu, apa lagi yang menjadi penghalang kepada kita untuk memberi salam? Jika dilihat bacaan tahiyat akhir juga merakamkan ucapan salam Allah kepada kekasihnya, Nabi Muhammad. Indah didikan Allah.

Semoga apa yang terdetik dihati kecil ini dapat diamalkan. Ameen

~~~ Assalamualaikum dan salam sejahtera ~~~

No comments: