20 January 2010

DISCOMFORT ZONE



Eugene Tan? Apa yang tergambar difikiran adalah Euglena yang cantik lagi unik. Ini bukan kisah mikroorganisma yang hanya dapat dilihat bawah mikroskop. ”Miss, saya jumpa paramesium!”jerit seorang pelajar kegirangan. “Erm, jumpa paramesium, saya tak pelik, yang pelik jika kamu jumpa parameswara.” jawab seorang guru. Jawapan guru ini seperti jenaka yang sengaja direka yang mengandungi maksud tersirat yang amat mendalam. Hikmah disebaliknya, ilmu Allah itu amat luas sehingga sekecil micro organisma di bumi ini dapat dikaji dan dilihat oleh manusia seandainya rajin dan tekun berusaha untuk mempelajarinya. Parameswara? Itu menggambarkan sejarah yang tidak dapat diulangkan kembali. Jika pahlawan itu terkorban sebagai pewira hingga ke akhirnya akan dikenang. Sejarah yang baik boleh dan wajar diulangi, sejarah yang menyakitkan, jika diulangi hanya menambah luka yang parah dan mungkin menyebabkan parut kembali berdarah.

Eugene Tan? Apa kaitan Euglena, Sejarah dan tajuk DISCOMFORT ZONE? Bagus jika itu yang timbul dibenak fikiran anda. Situasi ini sengaja direka bagi mencetuskan perasaan ingin tahu, CURIOSITY, dalam fikiran anda. Dalam usaha untuk menjadi seorang pendidik yang tidak membosankan dan meriangkan. Kita perlu menjadi seorang yang sukar diramal ”UNPREDICTABLE”. Seorang guru yang sukar diramalkan menjadikan pelajarnya tertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Misteri. Sejajar dengan sikap pelajar pada era global yang amat pintar serta mempunyai inkiuri yang tinggi. Guru yang mudah diramal menjadikan pelajar bosan kerana telah mengetahui PATTERN pengajarannya. Seolah-olah mereka telah dapat menyangka apa yang bakal mereka hadapi seterusnya.

CURIOSITY menjadikan pelajar, secara tidak sedar, memberikan tumpuan terhadap pengajaran yang telah berjaya mencuri perhatiannya. FOCUS / ATTENTION semasa sesi pembelajaran dan pengajaran berlansung amat-amatlah dituntut. Jika dilihat dalam amalan solat fardhu dan solat-solat apa sekalipun, kita dituntut untuk melaksanakannya dengan KHUSYUK. Jika Allah sudah mentarbiyah kita untuk KHUSYUK, pasti mudah diaplikasikan konsep yang sama di dalam kelas dengan memberi tumpuan yang sepenuhnya. Apa yang berlaku jika guru membosankan? Pelajar akan menunjukkan simptom-simptom khusyuk juga, hanya khusyuknya pelajar adalah dengan cara yang berbeza. Kemungkinan besar mereka akan lena dibuai mimpi indah. Fikirannya mungkin melayang jauh sehingga ke OVERSEAS dan pandangan mereka mungkin berjaya menembusi skrin yang dipaparkan. Menjadikan jasadnya sahaja berada di dalam kelas.

Seterusnya, guru harus me’reka’ satu suasana yang berjaya meningkatkan minat yang mendalam dalam diri para pelajar iaitu CREATING THE DESIRE. Bagaimanakah caranya untuk mengada-adakan perkara yang tiada. Itu mudah. Mewujudkan sesuatu yang baru itu sudah menjadi sifat makhluk. Sedangkan diri kita sendiri bermula daripada tiada kepada ada. Hanya Allah yang sedia ada. Tiada permulaan dan pengakhiran serta bersalahan DIA daripada yang baharu. Salah satu cara untuk mewujudkan DESIRE dikalangan pelajar. Kita menjanjikan mereka sesuatu pada kelas atau sesi yang akan datang. COMING SOON.
Situasi lain yang boleh dimanipulasikan oleh guru adalah dengan mengambil kesempatan dengan persoalan yang ditimbulkan oleh pelajar yang ringan mulut bertanya di dalam kelas, iaitu dengan memberinya RESPONSIBILITY. Bagaimanakah cara ini dapat diaplikasikan? Dengan menangguh menjawab soalan dan memintanya menyoal serta mengingatkan anda untuk memberi jawapan setelah selesai menerangkan satu topik yang sedang diterangkan. Kaedah ini sebenarnya dapat menarik perhatian (attention) pelajar tersebut untuk menunggu sambil memahami penerangan anda sehingga selesai lengkap satu topik.

Namun dalam usaha menjadi guru yang komited, kita terkadang diuji dengan kerenah dan ragam pelajar yang pelbagai. Usah bicara tentang ragam pelajar dan terus melemahkan semangat yang membara untuk menyampaikan ilmu. HUMINITY . Adakalanya guru jua terlupa dan tersasul dalam pelbagai keadaan, ini jelas membuktikan manusia tidak lari daripada kesilapan. Untuk mengurangkan jurang antara guru dan pelajar perlunya wujud hubungan yang baik antara keduanya. Menurut kajian hubungan dapat dibina dengan dua cara MIRRORING atau MATCHING. SIMILARITY atau titik sepunya yang ada antara pelajar dan guru menjadikan hubungan antara kedua-dua pihak terjalin dengan baik. Titik sepunya dapat dicapai samada melalui persamaan kelakuan mahupun pertuturan. Ini dikuatkan lagi dengan sesetengah pendapat yang mengatakan, PEOPLE WHO ARE LIKE EACH OTHER, TEND TO LIKE EACH OTHER and PEOPLE WHO DO THING TOGETHER, WILL STICK TOGETHER.

BUILD RAPPORT, adalah satu usaha bagi mengurangkan jurang antara guru dan pelajar. Oleh sebab itu, sesetengah program motivasi memulakan program dengan melakukan senam robik. Tujuannya adalah untuk mewujudkan persamaan. Seandainya, guru dapat menghiburkan pelajar sehingga tertawa bersama-sama, kajian membuktikan bahawa keadaan ini menyebabkan corak pernafasan (BREATHING PATTERN) pada kadar yang hampir sama. (to synchronize breathing pattern)

Dalam susah ada gembira, dalam sukar tetap kekalkan ketenangan. Berfikiran positif sentiasa agar hati gembira untuk berkongsi ilmu. Adanya ragam pelajar yang kurang disenangi sebenarnya telah mewujudkan perasaan atau situasi kurang selesa (DISCOMFORT) kepada seorang guru (baru nak masuk isi... hehe). Keadaan ini amat penting kerana ia dapat menjadikan potensi seseorang dapat ditingkatkan. Apabila kita berada dalam keadaan yang selesa (COMFORT ZONE), kita menjadi kurang peka dan tidak berkembang, berada pada takuk yang sama. Seandainya perkara ini berlaku, perencatan pertumbuhan potensi seorang individu kepada tahap optimum pasti akan terjadi. Untuk itu, bagi memastikan pertumbuhan (GROWTH) sentiasa meningkat, adalah perlu bagi kita berani menanggung risiko dan bijak mengambil peluang untuk memasuk zon kurang selesa. Zon ini hanya membenarkan golongan manusia yang berazam serta bertindak seperti golongan-golongan cemerlang.

Pengajarannya, bukanlah suatu amalan yang sihat jika berasa senang berada dalam ZON SELESA untuk jangkamasa yang lama. Sedang agama kita turut menganjurkan agar memastikan hari ini lebih baik daripada hari semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini.

~~~ DISCOMFORT = HIJRAH kepada yang lebih BAIK ~~~

1 comment:

~ yanna ~ said...

berusaha dan terus berusaha!!

semoga setiap apa yang berlaku mematangkan diri serta memberikan pengalaman kepada diri!

take care...