23 November 2009

Pandangan Dari Sudut Sains Kesihatan : Keajaiban berdiri tegak dan meluruskan saf

Pada keadaan normal, tulang belakang mempunyai dua lengkungan menonjol kehadapan dan dua lengkungan menonjol kebelakang. Dua lengkungan kehadapan berada di bahagian leher dan bawah belakang, manakala dua lengkungan ke belakang di bahagian dada dan tulang belakang. Keadaan lengkungan tulang belakang boleh berubah yang mengakibatkan kesakitan jika posisi duduk dan berjalan yang tidak betul dipraktikkan. Kedudukan berdiri tegak dalam solat adalah posisi sebenar tulang belakang dan mampu merawat kesakitannya.

Jarak antara kedua kaki yang dianjurkan rasulullah bagi solat berjemaah adalah seluas dada. Kedudukan ini sebenarnya telah menyumbang kepada keseimbangan tubuh manusia yang tertinggi. Ini kerana tahap keseimbangan seseorang akan menjadi lemah jika keseimbangan badan tertumpu pada satu kaki. Keseimbangan bertambah dengan pertambahan jarak antara kedua tapak kaki sehingga mencapai tahap keseimbangan paling tinggi dan didapati jarak antara dua kaki adalah menyamai jarak antara dua bahu. Sebaliknya, keseimbangan berkurang dengan pertambahan jarak antara dua kaki melebihi jarak antara dua bahu. Kedudukan kaki seorang jemaah dengan ahli jemaah lain dalam mengerjakan solat berjemaah juga dapat membahagikan berat badan di atas dua kaki secara seimbang.

No comments: