18 May 2008

"Selamat Hari Ibu" buat Ummi yang amatku sayang ..

Kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Ilahi, kerana limpah dan kurniaNya diberikanku kesempatan untuk meneroka sesuatu yang bernilai di alam maya ini. Penghargaan buat ibu yang kusayangi, jasamu akan kukenang. Sedari 'primary oocyte', 'secondary oocyte', aku berhutang kepadanya. 'Follicle cell'nya terus giat menjana nutrien untukku bagi meneruskan tiga sigaran pertama. Bekalan nutrien tersebut telahku guna sebaik mungkin untuk meneruskan pengembaraan sepanjang perjalananku di 'oviduct'.TERIMA KASIH,UMMI.
Persediaan ibu menjadikan aku sentiasa dalam keadaan selesa. Ditebalnya dinding endometeriumnya untukku menempel. 'Corpus luteum' ibu tidak pernah jemu merembeskan estrogen dan progesteron untuk menebalkan tilam endometriumku. Kapilari darahnya kian bertambah agar aku cukup nutrient apabila menempel disana. 'Placenta' nya terus menyalurkan nutrien kepadaku secara resapan. Biarpun ketika itu ibu jua kekurangan makanan. TERIMA KASIH BANYAK, UMMI.
Pada masa yang sama 'placenta' turut merembeskan prolactin untuk persiapan kelenjar mamari. Walaupun ketika itu aku masih di dalam rahimnya. Begitu prihatin ibu terhadapku, dipersiapkan untukku segala keperluan pada masa akan datang. Kelenjar mamarinya bertambah dengan peningkatan yang agak mendadak. Setelah itu, aku mula menendang2 perut ibu. Apa salah ibu? aku seperti tidak ketahuan. Maafkanku, ummi. Namun setelahku dilahirkan, ibu tetap memberikanku susu yang mengandungi pelbagai nutrien dan antibodi sebagai penahan dari segala penyakit. TERIMA KASIH TIDAK TERHINGGA, UMMI.
Ibu bersusah payah untukku selama lebih kurang sembilan bulan. Apakah aku tidak menyedari pengorbanan yang amat besar ini?
Ayah aku jua terhutang budi yang amat besar kepadamu, nuklues sperma yang kau sumabangkan menjadikan aku lahir dengan genetik 2n, diploid seperti sahabatku yang lain. TERIMA KASIH, AYAH.
Terima kasih tuhan yang Maha berkuasa atas segala-galanya, telahKau pinjamkan aku dua insan yang amat berjasa kepadaku. Rahmatilah hidup mereka dan panjangkanlah usia mereka dalam beribadah kepadaMu


No comments: